Ini 7 Servis Kad Kahwin Digital Terbaik di Kuala Lumpur!
Kad kahwin digital lebih mudah dan menjadi trend terkini pada zaman moden ini jika dibandingkan dengan kad kahwin yang bercetak.
Jemputan kahwin seringkali kita dapati melalui seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook dek zaman kini yang lebih menjurus kearah moden dan digital. Hal ini kerana kad kahwin digital lebih mudah disebarkan, serta lebih menjimatkan kos. Hari ini, GLAM akan berkongsi tentang 7 servis kad kahwin digital terbaik di Kuala Lumpur.
#1 Nikahsatu
Mudah dan Jimat, merupakan moto utama Nikahsatu. Nikahsatu bukan sahaja memberi servis di Kuala Lumpur, malah di seluruh Malaysia juga. Selain daripada kad digital, Nikahsatu juga memberi servis pengantin yang lain seperti perancang perkahwinan, servis mencari lokasi perkahwinan dan servis mencetak kad kahwin. Rekaan Nikahsatu lebih fokus kepada elemen flora memandangkan elemen itu yang paling terkenal di kalangan pengantin di Malaysia. Nikahsatu juga telah mereka kad kahwin untuk selebriti Malaysia seperti Emma Maembong.
#2 KahwinNow
Mempunyai lebih daripada 300 rekaan kad kahwin digital, KahwinNow juga menyediakan servis seluruh Malaysia. KahwinNow fokus kepada servis kad kahwin digital sahaja dan proses untuk membuat tempahan sangatlah mudah, di laman sesawang mereka sahaja. Antara rekaan mereka yang kelihatan unik ialah rekaan khat mereka. Yang menariknya, mereka mempunyai pakej-pakej yang berbeza yang boleh dipilih mengikut harga. So simple and easy! https://www.instagram.com/p/Ct23uvHPmci/?img_index=1#3 Nurfa Grafik
Nurfa Grafik menyediakan pilihan eksklusif daripada pakej A sehingga C juga tidak kurang hebatnya. Nurfa Grafik memberi servis kad kahwin digital dengan rekaan-rekaan yang terkini dengan pilihan yang sangat banyak. Setiap pakej dari Nurfa mempunyai harga dan item yang berlainan. Ia boleh direka mengikut cita rasa masing-masing!
#4 Jemputan Me
Jemputan Me mempunyai sangat banyak rekaan daripada kad kahwin sehingga kad raya. Mereka mempunyai lebih daripada 300 rekaan dan rekaan mereka boleh dipilih daripada 12 kategori, mengikut cita rasa masing-masing. Jemputan Me juga menyediakan tiga pakej yang berbeza daripada segi harga dan kandungannya. Kebanyakan rekaan yang ditempah di Jemputan Me bukan sahaja melalui rekaan yang sudah tersedia, malah mereka boleh mengubahsuai mengikut citarasa pelanggan. https://www.instagram.com/p/C7yRzf_SxN9/#5 The Kahwin
The Kahwin menjamin pelanggan mereka bahawa kad kahwin digital mereka mampu siap dalam masa hanya lima minit. Rekaan mereka yang dimeriahkan dengan rona-rona pastel membuatkan ia antara rekaan kad kahwin digital menarik di mata tetamu yang menerimanya. Mereka juga mengetengahkan ciri-ciri yang menarik seperti butang RSVP, kandungan yang boleh diubahsuai serta doa dan ucapan di dalam kad kahwin digital yang ditempah.
#6 My Pelamin
My Pelamin bukan sahaja membuat servis kad kahwin, mereka juga mempunyai servis-servis lain seperti kad raya, Ramadan dan untuk kad ucapan kelahiran bayi juga. Rekaan-rekaan daripada My Pelamin juga sangat unik. Yang menariknya lagi, anda boleh previu menggunakan nama anda sendiri untuk setiap rekaan sebelum memilih yang paling anda gemari. My Pelamin mempunyai banyak pilihan design daripada pelbagai jenis kategori.
#7 JDinvite
Dengan hanya 4 langkah, tempahan yang dibuat di JDinvite sudah siap! Rekaan daripada JDinvite lebih tertumpu kepada corak flora yang minimal. Rona-rona yang digunakan juga lebih kepada rona yang sepadan dengan konsep perkahwinan. JDinvite yang terletak di Bangi ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatannya dalam negara Malaysia sahaja, malah mereka juga melakukan servis meluas ke luar negara seperti Brunei, Thailand, Indonesia, United Kingdom dan Iraq. Sangat menarik!#8 TUANMAJLIS
Kad kahwin digital seterusnya ialah TUANMAJLIS. Ia mula beroperasi pada Oktober 2023 dan menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kad kahwin digital. Ini termasuk muzik latar muzik daripada YouTube yang boleh ditetapkan untuk dimainkan secara automatik apabila kad digital dibuka. Untuk menghubungi dan membuat tempahan, pelanggan boleh mengedit atau menyesuaikan kad kahwin digital dengan mengisi maklumat mereka di laman portal TUANMAJLIS sendiri. Selepas selesai, kad kahwin digital akan sedia untuk digunakan sebagai pratonton, dan jika berpuas hati, pelanggan boleh teruskan dengan pembayaran di halaman yang sama.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
BY Aizat Aidid
Apr 06, 2026
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
