Home > Gaya Hidup > Galeri SARENG Lancar Program Residensi Seni Antarabangsa Untuk Seniman Malaysia
Galeri SARENG Lancar Program Residensi Seni Antarabangsa Untuk Seniman Malaysia
SARENG, sebuah galeri kontemporari di kota Kuala Lumpur mengumumkan pelancaran Program Residensi Seni Antarabangsa dwitahunan.
Program Residensi Seni Antarabangsa ialah satu inisiatif terkini oleh Galeri SARENG untuk industri seni Malaysia. Galeri SARENG dibuka di tengah kota Kuala Lumpur sejak tahun 2022. Ini bertujuan untuk meningkatkan pendedahan bagi seniman Malaysia di peringkat antarabangsa dengan memudahkan pertumbuhan kreatif melalui pengalaman yang mendalam sambil mengukuhkan rangkaian seni global.
Seniman pertama yang dipilih untuk program ini adalah Hisyammuddin Abdullah, seorang seniman yang terkenal di Malaysia. Program residensi ini akan berlangsung pada 15 Julai hingga 30 September 2024 di Studio Pompstraat di Rotterdam, Belanda. Tumpuan akan diutamakan kepada penyelidikan dan pembangunan seni, penghasilan karya seni, dan pengalaman dalam komuniti seni tempatan.
Studio Pompstraat yang memiliki ruang serbaguna dengan enam buah studio, ruang projek berkongsi, dan sebuah dewan berpusat yang boleh berfungsi sebagai ruang pameran. Studio ini diduduki oleh artis-artis yang bekerja secara antarabangsa dan di Belanda. Terletak di tengah-tengah Charlois, studio ini merupakan tempat bagi komuniti seni antarabangsa yang besar dan bertenaga. Pertama kali dibuka pada tahun 2004, studio ini merupakan salah satu inisiatif seni yang telah lama berdiri di Rotterdam.
Album Ke-20 Siti Nurhaliza, SITISM Raih Sambutan Luar Biasa
Wajah Baharu Rozel Seremban
Benarkah Brad Pitt & Andra Day Sedang Hangat Bercinta?
Covid-19 Berleluasa, Anugerah Grammy Ke-63 Ditunda
Pendedahan Berani Kim Kardashian – “Saya Sangat Terdesak Untuk Menjadi Popular”
Titik Akhir Cheong Jun Hoong Sebagai Penerjun Negara
Program Residensi Seni Antarabangsa Galeri SARENG yang dianjurkan bersama dengan Studio Pompstraat ini disediakan dengan penginapan yang baik oleh Yayasan N.A.C. (Nieuwe Ateliers Charlois). Program ini akan diakhiri oleh pameran berkumpulan dianjurkan oleh Foundation B.a.d. ketika Groot Rotterdams Atelier Weekend, menampilkan hasil karya yang dicipta oleh Hisyamuddin semasa residensi.

Hisyamuddin Abdullah, seniman Malaysia pertama yang dipilih untuk Program Residensi Seni Antarabangsa Galeri SARENG

Studio Pompstraat, Rotterdam
See Also
Peranan Penting Residensi Seniman Untuk Kerjaya Seorang Seniman
“Residensi seniman memainkan peranan penting dalam perkembangan kerjaya seorang seniman dengan menyediakan mereka masa, ruang, dan sumber untuk tumpu kepada amalan kreatif mereka. Seniman dapat mengasingkan diri dari persekitaran biasa, terlibat dalam suasana baru, dan berinteraksi dengan komuniti kreatif yang beraneka ragam. Residensi seniman juga menawarkan peluang untuk menjalinkan rangkaian, mendapatkan pendedahan kepada penonton baru, dan berkolaborasi. Pendedahan kepada perspektif dan idea baru dapat membangkitkan inovasi, menggalakkan eksperimen. Dengan ini, kami berharap, mendorong seniman untuk meneroka teknik dan tema baru.” Ujar Syukur Ali, salah seorang pengasas Galeri SARENG. Sebahagian daripada pembiayaan program ini bagi edisi 2024 datang daripada Asia Art Archive dan Bloomberg. “Menganjurkan dan menyediakan tempat residensi seni antarabangsa ini adalah langkah seterusnya dalam keinginan kami untuk menyumbang dan memberi balik kepada seni kontemporari Malaysia,” kata salah seorang pengasas Galeri SARENG, Chong Wei-Hsiang.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
