GLAM Wedding: Keanggunan Puteri Gunung Ledang, Inspirasi Tyra Kamaruzzaman
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioLuar daripada kebiasaan, Tyra Kamaruzzaman dan Emran Rijal mengambil inspirasi perkahwinan daripada Puteri Gunung Ledang yang berunsurkan alam semula jadi.
Bermula daripada rekaan busana yang oleh Emran Rijal, hingga ke dekorasi pelamin yang berinspirasikan melayu tradisional, impian perkahwinan Tyra Kamaruzzaman direalisasikan oleh sentuhan RekaTeemor, Ady Razak, Ckay Liow, Emri Vision dan Chelek / Raja Malek.
Keanggunan Puteri Gunung Ledang Menjadi Inspirasi Perkahwinan Tyra Kamaruzzaman
Buat yang berdarah manis mahupun bride-to-be, ikuti majlis perkahwinan Tyra Kamaruzzaman dan Emran Rijal yang boleh menjadi inspirasi buat perkahwinan anda.
Dekorasi Animatronik Rama-Rama

Inspirasi untuk dekorasi perkahwinan Tyra datang daripada filem Melayu kegemaran pasangan mempelai itu sendiri yakni Puteri Gunung Ledang. Tema untuk majlis resepsi sangat dipengaruhi oleh filem tersebut, pasangan itu mahukan sesuatu yang berbeza tetapi masih ingin mengekalkan unsur tradisional. Hiasan juga diilhamkan oleh alam semula jadi dan rama-rama menjadi pilihan kegemaran Tyra. “Terdapat animatronik rama-rama pada pelamin kami dan rama-rama digantung di sekeliling dewan, memberikan rasa seperti berada dalam kisah dongeng. Kami mahu suasana terasa berbeza dan diingati.” kongsi Tyra kepada GLAM.
Jurusolek Pilihan

Solekan resepsi perkahwinannya, smokey eye berbalas kilauan glamor menjadi pilihan Tyra kerana ianya sesuai dengan tema perkahwinan dan penampilannya. “Untuk solekan, saya secara peribadi meminta sesuatu yang timeless dan berunsur alam kerana penampilan Puteri Gunung Ledang adalah sebegitu. Saya mahu kelihatan seperti diri saya sendiri semasa majlis perkahwinan, jadi saya tidak mahukan apa-apa yang keterlaluan untuk penampilan tersebut.” beritahu Tyra Kamaruzzaman. Penting pemilihan solekan resepsi kerana ia adalah untuk meningkatkan personaliti unggul seseorang.
Dandanan Rambut
Untuk inpirasi dandanan rambut, Puteri Gunung Ledang dikenali dengan rambut lurus dan licin yang dibelah tengah. Tyra berkonsi kepada GLAM bahawa mereka juga mempunyai aksesori yang dibuat oleh Chelek (Raja Malek), yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk kostum teater Puteri Gunung Ledang dan sebagainya. Beliau secara peribadi membuat aksesori berdasarkan renda dari busana Tyra.
Busana Perkahwinan Rekaan Emran Rijal
Apa yang menarik tentang busana perkahwinan Tyra ialah ianya merupakan busana pengantin pertama rekaan Emri Vision, yang kini suami kepada Tyra. Idea dan inspirasi diperolehi daripada filem teater dan sejarah Puteri Gunung Ledang. Setiap bahagian daripada busana ini memberi penghormatan kepada lagenda Puteri Gunung Ledang supaya tidak ditelan zaman.
Sebagai contoh, skirt perkahwinan Tyra direka menyerupai daun. Daun telah digunakan oleh Puteri Gunung Ledang untuk menulis tujuh syaratnya. Selain itu, rona dan lukisan busana juga telah ditambah baik oleh idea Chelek, yang merupakan Pengarah Kreatif Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.
Artikel berkaitan: GLAM Wedding: Afifah Nasir Merealisasikan Perkahwinan Idamannya
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.






