Related Stories
GLAM Junior: Imane Lunara Cahaya Mata Sulung Intan Najuwa
Tatapan kali pertama penuh cinta saat menyambut anakanda, Imane Lunara puteri Datin Intan Najuwa dan Datuk Azraf selamat dilahirkan.
Betapa indahnya momen apabila akhirnya dapat mendakap dalam pelukan hangat seorang ibu menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya. Setiap detik berlalu, dihitung penuh sabar menanti saat bertemu si kecil tersayang. Masa yang ditunggu-tunggukan kini telah tiba. Keindahan tidak terungkap, saat mereka menimang cahaya mata yang telah lama dinanti. Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah Intan Najuwa dan suaminya, yang kini diberi anugerah terindah sebagai ibu dan bapa. Persiapan yang cukup sempurna buat anak sulungnya dengan setiap perkara kecil yang telah di sediakan untuk si manja, Imane Lunara.
It’s a Girl! Tahniah Datin Intan Najuwa dan Datuk Azraf

“Welcome to the world, our precious babygirl.”

Diberi nama Imane Lunara, saling meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri sulungnya yang Intan berkongsi foto selepas bersalin bersama bayinya, yang wajahnya ditutup dengan emoji hati berwarna merah jambu. “What’s in my hospital bag: Baby Edition” Intan turut mempersiapkan sebuah bagasi yang penuh dengan keperluan khas dan barangan kegemaran dari tartine.et.chocolat serta termasuk patung Jelly Cat untuk Imane Lunara. Betapa untungnya si kecil yang sudah dilimpahi semua kasih sayang, perhatian, dan cinta tidak berbelah bahagi daripada kedua ibu bapanya sejak hari pertama kehadirannya di dunia.
Khabar gembira ini dimaklumkan menerusi Instagram miliknya. Perkongsian tersebut segera mencuri perhatian peminat, termasuk para rakan selebriti seperti Wany Hasrita, Idris Khan, Mira Filzah, dan Fatin Afeefa.



Terdahulu, Intan mendedahkan dirinya hamil anak pertama selepas hampir setahun melayari bahtera perkahwinan bersama Datuk Ahmad Asraf Azman. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Ogos tahun lalu, dan kini sudah tiba kehadiran cahaya mata sulung mereka dengan penuh debaran dan rasa syukur. Pada 1 Disember, Intan turut meraikan hari lahir suaminya yang ke-39 dengan ucapan penuh kasih sayang:
“Guess what? Tak lama lagi awak akan bergelar seorang ayah! Kita benar-benar menghitung hari untuk momen itu. Saya tahu awak akan menjadi ayah yang terbaik buat anak kita. Terima kasih kerana sentiasa menjaga saya, lebih-lebih lagi dalam fasa istimewa ini. Hati awak yang begitu indah, sentiasa berdiri teguh di sisi saya, menjadi kekuatan dan pelindung saya. Dan saya yakin, awak akan menjadi pelindung yang sama hebat untuk keluarga kecil kita nanti.” “Saya doakan segala kebahagiaan dunia buat awak. Sebagai isteri awak, saya akan sentiasa ada, di saat indah mahupun saat sukar. Awak adalah dunia saya, dan kini, dunia kita bertambah indah dengan kehadiran si kecil yang bakal lahir.” kata Intan dia caption Instagramnya.

Semoga Mommy Intan dan si comel tersayang sentiasa dilimpahi kesihatan, ketenangan, dan kegembiraan sepanjang tempoh berpantang ini. Setiap detik indah bersama si manja adalah anugerah paling berharga yang membawa makna baharu dalam kehidupan. Tahniah Intan dan Datuk Azraf, semoga kekal menjadi pasangan yang dikasihi bersama puteri baru mekera.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
