Home > Gaya Hidup > 7 Filem Untuk Ditontoni Di Netflix Sempena Cuti Krismas
7 Filem Untuk Ditontoni Di Netflix Sempena Cuti Krismas
Menonton filem ketika cuti Krismas bersama ahli keluarga dan rakan-rakan merupakan rutin kebanyakkan orang dari kecil, hinggalah dewasa.
Musim cuti Krismas yang sempurna adalah apabila anda berehat, meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan, dan menikmati filem-filem yang membawa keceriaan dan kehangatan. Dengan cuaca yang nyaman dan suasana perayaan yang meriah, tiada yang lebih sempurna selain bersantai di rumah dengan selimut tebal, secawan coklat panas, dan pilihan filem menarik di Netflix.Daripada kisah romantik yang menyentuh hati, komedi yang mencuit tawa, sehinggalah pengembaraan ajaib yang penuh keajaiban Krismas, senarai filem ini menjanjikan hiburan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kosongkan jadual anda, sediakan snek kegemaran, dan raikan musim perayaan ini dengan tujuh filem Krismas pilihan GLAM yang pastinya akan membuatkan cuti Krismas anda lebih istimewa!
#1 Klaus
Luangkan cuti Krismas anda dengan filem animasi yang mendapat pencalonan Oscar untuk kategori filem animasi terbaik ini. Arahan Sergio Pablos, Santa mendapat kisah origin nya dalam filem ini. J.K. Simmons menyumbangkan suaranya untuk watak utama, seorang pembuat mainan yang pendiam. Karakternya menjalin persahabatan yang tidak dijangka dengan seorang posmen mementingkan diri sendiri, lakonan Jason Schwartzman. Persahabatan ini membawa kepada projek yang lebih tidak dijangka iaitu menghantar mainan kepada kanak-kanak tempatan pada waktu malam. Usaha ini membawa kegembiraan kepada sebuah bandar yang berpecah belah di Norway pada abad ke-19.
#2 The Princess Switch
Trilogi The Princess Switch arahan Mike Rohl semestinya perlu berada di dalam senarai tontonan cuti Krismas anda. Filem ini mengisahkan seorang chef pastri dari Amerika, lakonan Vanessa Hudgens yang menyertai pertandingan membakar manisan sempena Krismas di Belgravia, sebuah negara fiksyen. Di sana, dia bertemu tunang kepada putera raja dan terkejut apabila mendapati mereka kelihatan seiras. Mereka kemudian membuat keputusan untuk menukar identiti mereka buat seketika. Filem sekuel Switched Again dan Romancing the Star juga berada di Netflix untuk anda tontoni.
#3 A Christmas Prince
Hari cuti Krismas anda boleh dipenuhi dengan penuh santai dan tontonan saga A Christmas Prince. Trilogi ini bermula dengan filem romantik komedi arahan Alex Zamm pada tahun 2017. Seorang wartawan Amerika, lakonan Rose McIver pergi ke negara fiksyen Aldovia sempena Krismas. Semasa menyiasat untuk mendapatkan berita eksklusif, dia jatuh cinta dengan putera Aldovia yang dilakonkan oleh Ben Lamb. Penonton turut jatuh hati, sekali gus membawa kepada sekuel A Christmas Prince: The Royal Wedding pada tahun 2018 dan A Christmas Prince: The Royal Baby pada tahun 2019.
#4 Holidate
Filem komedi romantik Amerika tahun 2020 yang diarahkan oleh John Whitesell ini menceritakan tentang Sloane, lakonan Emma Roberts yang sering diejek kerana masih bujang, menemui penyelesaian sempurna apabila dia bertemu dengan Jackson, lakonan Luke Bracey. Di Holidate, Sloane kini mempunyai pasangan yang sempurna untuk setiap musim perayaan. Tetapi, hatinya mula menginginkan sesuatu yang lebih dari sekadar percintaan palsu. Filem romantik komedi ini akan menghiburkan hari cuti Krismas anda.
#5 The Christmas Chronicles
Siapa sangka Kurt Russel dilahirkan untuk membawa watak Santa Claus? Dalam filem pengembaraan Krismas 2018 arahan Clay Kaytis ini,, bintang ini cemerlang menghidupkan watak Saint Nick yang. Apabila giringnya terganggu dan beg hadiah hilang pada malam Krismas, dia perlu bekerjasama dengan sepasang kanak-kanak untuk menyelamatkan perayaan itu. Dalam sekuel yang diarahkan oleh Chris Columbus, pasangan sebenar Russell, Goldie Hawn, turut menyertainya sebagai Mrs. Claus.
#6 Falling For Christmas
Sambut bulan Disember dengan Falling for Christmas bersama kemunculan semula bintang hangat Y2K, Lindsay Lohan. Bintang The Parent Trap dan Freaky Friday ini membawakan watak pewaris manja dalam filem romantik komedi arahan Janeen Damian, yang kehilangan ingatannya selepas kemalangan ski. Semasa tinggal di sebuah pondok yang selesa sambil cuba mencari tahu siapa dirinya, dia menjalin hubungan dengan pemilik pondok tersebut, lakonan Chord Overstreet dan anak perempuannya.
#7 Family Switch
Sebuah keluarga lima beranak terputus hubungan generasi dan sibuk dengan jadual masing-masing. Mereka mendapat kejutan yang luar biasa dalam filem komedi baharu arahan McG. Filem ini berdasarkan buku kanak-kanak Bedtime for Mommy karya Amy Krouse Rosenthal pada tahun 2010. Jennifer Garner dan Ed Helms membintangi sebagai ibu bapa kepada tiga anak, yang semuanya terpaksa berada di tempat masing-masing. Kekecohan melanda apabila mereka bertukar badan sesama mereka sebelum Krismas. Cuti Krismas anda bersama keluarga akan lebih rapat selepas menonton filem ini.
Pautan Berkaitan: Produk Kecantikan Milik Selebriti Wanita yang Wajib Anda Ketahui
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
