fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gemerlapan Ikon Korea Di Paris Fashion Week
Akhirnya Menswear Oleh Isabel Marant!
Behati Goes Global! Pereka Fesyen Kel Wen Kongsi Momen Eksklusif Di Harbin Fashion Week
8 Inspirasi Gaya Pengantin Di Karpet Merah Majlis Anugerah
Let Them Eat Cake
Home > Fesyen > 2 Rekaan Cermin Mata Eksklusif Gentle Monster Buat G-DRAGON

2 Rekaan Cermin Mata Eksklusif Gentle Monster Buat G-DRAGON

Bersempena dengan pelancaran album terbaru G-DRAGON bertajuk Übermensch, Gentle Monster memperkenalkan dua rekaan cermin mata eksklusif yang diilhamkan daripada album tersebut.

Cermin mata Gentle Monster x G-DRAGON

Bingkai pertama dinamakan Übermensch, direka khas untuk menggambarkan bunga kegemaran G-DRAGON iaitu bunga daisy, yang diterjemahkan melalui sentuhan estetika unik Gentle Monster. Pada bahagian sisi bingkai, tertera perkataan Übermensch dengan hujung berbentuk bibir, melambangkan pandangan Gentle Monster terhadap keperibadian G-DRAGON.

Rekaan kedua pula ialah Eye Cloud, yang membawa elemen bentuk awan sebagai simbol kepada perjalanan G-DRAGON yang bebas dan kreatif dalam pelbagai bidang. Di hujung bingkai ini, terdapat motif bunga daisy serta logo Peaceminusone, dunia kreatif yang sinonim dengan G-DRAGON.

Lebih menarik, koleksi cermin mata ini boleh dihias dengan 168 pesona khas (charms) yang direka eksklusif untuk G-DRAGON. Setiap pesona menampilkan elemen ikonik seperti ilustrasi kucing peliharaan G-DRAGON, tatu muka senyuman, serta pelbagai simbol lain yang menggambarkan identiti dirinya.

Melengkapkan koleksi istimewa ini adalah kotak bekas berbentuk tangan berwarna emas, diinspirasikan daripada seni kuku ikonik dan kreativiti G-DRAGON dalam aksesori.

Semua rekaan cermin mata dan kotak bekas ini adalah eksklusif, dibuat khas untuk G-DRAGON, dan tidak akan dijual kepada umum.

Artikel Berkaitan: Selebriti Thailand Gayakan Koleksi Gentle Monster Jewelry