Home > Gaya Hidup > Yoga Atau Pilates? Mana Satu Sesuai Untuk Anda
Yoga Atau Pilates? Mana Satu Sesuai Untuk Anda
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Nov 24, 2025
Kedua-dua latihan ini menjadi pilihan ramai untuk penjagaan kesihatan secara holistik. GLAM selami perbezaan antara Yoga atau Pilates dan temui mana yang paling sesuai dengan gaya hidup anda.
Dalam dunia Wellness moden, Yoga dan Pilates sering menjadi topik perbandingan. Kedua-duanya diminati kerana keberkesanannya dalam meningkatkan fleksibiliti, kekuatan core, malah memberi impak positif pada kesihatan mental. Namun, walaupun kelihatan serupa dengan pergerakan yang lembut dan fokus pada pernafasan, kedua-dua disiplin ini sebenarnya mempunyai falsafah, objektif dan teknik yang berbeza.
Yoga adalah amalan purba yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu, berakar umbi dari India kuno. Ia bukan sekadar senaman fizikal, tetapi satu perjalanan untuk menyatukan badan, minda dan jiwa. Yoga merangkumi postur badan (asana), teknik pernafasan (pranayama) dan meditasi untuk meningkatkan kesedaran diri. Yoga menekankan kesedaran dalam bernafas dan kebiasaanya hanya memerlukan mat. Yoga lebih spiritual dan meditatif dengan elemen mindfulness yang kuat.
Pilates pula adalah latihan yang lebih kontemporari, dicipta oleh Joseph Pilates di Jerman pada awal abad ke-20. Fokus utamanya adalah mengukuhkan otot teras (core muscles) seperti otot perut, belakang dan pelvis, sambil memperbaiki postur dan meningkatkan kestabilan badan. Pilates menggunakan teknik pernafasan lateral yang fokus ke arah tulang rusuk. Pilates menggunakan pelbagai alat seperti reformer, bola dan ring. Lebih teknikal dan fokus pada mekanik badan.

Manfaat yang Boleh Anda Nikmati
Bagi anda yang baru bermula, yoga mahupun Pilates mungkin kelihatan perlahan dan kurang intensif. Tetapi jangan terpedaya! Kedua-duanya menawarkan manfaat luar biasa yang membantu anda lebih sedar tentang keadaan badan, menjadikannya pilihan ideal untuk kesihatan fizikal dan mental jangka panjang.1. Meningkatkan Kekuatan, Fleksibiliti dan Keseimbangan
Pose yoga membantu meregangkan otot dan memperbaiki mobiliti sendi. Pilates pula mensasarkan otot perut, bahagian bawah belakang dan pelvis sempurna untuk mereka yang ingin memperbaiki postur dan mencapai keseimbangan optimum.2. Memperbaiki Postur Badan
Sesuai untuk anda yang sering duduk lama di hadapan komputer dan menghadapi masalah postur akibat otot yang lemah atau kaku.3. Mengurangkan Stress dan Kebimbangan
Melalui meditasi dan pernafasan sedar, yoga dapat membantu menenangkan sistem saraf dan menurunkan paras kortisol, menjadikannya terkenal sebagai stress-buster yang efektif.4. Meningkatkan Koordinasi dan Kawalan Badan
Setiap pergerakan dalam Pilates mahupun yoga memerlukan konsentrasi, fokus dan ketepatan. Latihan bersama instructor profesional membantu memastikan anda melakukan teknik dengan betul.5. Mengurangkan Risiko Kecederaan
Pilates mengukuhkan otot stabilisator, menjadikan badan lebih tahan terhadap tekanan. Yoga pula menawarkan relaksasi yang membantu pemulihan.6. Menyokong Pemulihan Kecederaan atau Sakit Belakang
Ramai fisioterapis mengesyorkan Pilates untuk pemulihan pasca-kecederaan atau bagi mereka yang kerap mengalami sakit belakang. Gerakan yoga seperti Cat-Cow Pose dan Child Pose juga berkesan meredakan ketidakselesaan ini.7. Meningkatkan Kualiti Tidur
Restorative yoga atau yin yoga sangat efektif untuk menghadirkan relaksasi sebelum tidur.8. Menjaga Kesihatan Jantung dan Peredaran Darah
Yoga membantu menurunkan tekanan darah dan memperbaiki fungsi pernafasan, manakala Pilates melancarkan peredaran darah melalui pergerakan terkoordinasi yang fokus pada pernafasan.
Mana Satu Lebih Baik untuk Anda?
Soalan ini sering ditanya, tetapi jawapannya bergantung sepenuhnya pada matlamat dan keperluan individu. Jika anda mencari ketenangan dalaman, ingin memperbaiki mood, menguruskan stress dengan lebih sihat dan meningkatkan fleksibiliti, Yoga adalah pilihan sempurna untuk anda. Namun, jika objektif anda adalah untuk fokus pada kekuatan fizikal, mengukuhkan core, memperbaiki postur dan membentuk badan secara fungsional Pilates adalah jawapannya. Pro tip: Untuk hasil maksimum, gabungkan kedua-duanya! Contohnya, anda boleh melakukan Pilates dua kali seminggu untuk melatih kekuatan, dan Yoga tiga kali seminggu untuk keseimbangan, relaksasi serta meningkatkan kualiti tidur. Jadi, ia bukan tentang mana yang lebih baik, tetapi mana yang paling sesuai dengan keperluan badan dan gaya hidup anda.Bolehkah Berlatih Setiap Hari?
Ya, anda boleh melakukan yoga atau Pilates setiap hari, selagi ia dilakukan dengan intensiti dan variasi yang sesuai. Bagi pemula, disyorkan untuk berlatih dengan instructor profesional bagi mengelakkan kecederaan. Namun, dengarkan badan anda. Yoga dan Pilates boleh menjadi intensif, terutamanya gaya tertentu seperti Ashtanga, Power Yoga atau Pilates Reformer. Jika badan terasa terlalu letih atau sakit, beri masa untuk pemulihan. Kesimpulannya, yoga lebih bersifat spiritual dan introspektif, sementara Pilates lebih praktikal dan fungsional. Namun kedua-duanya sama-sama berkesan dalam meningkatkan kekuatan, keseimbangan, fleksibiliti dan kesedaran badan. Artikel berkaitan Alo Yoga Buka Butik Pertama di Malaysia!See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026