Related Stories
Siapa Bad Bunny? Fakta Menarik Tentang Ikon Latin yang Mengubah Wajah Budaya Global
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioHanya 10 tahun lalu, Bad Bunny masih bekerja mengemas barangan runcit di sebuah pasar raya di Puerto Rico, yang mana satu kontras yang hampir sukar dipercayai jika dibandingkan dengan realitinya hari ini. Jadi, siapa Bad Bunny sebenarnya?
Dalam tempoh sedekad, Bad Bunny bukan sahaja muncul sebagai bintang muzik paling berpengaruh di dunia, malah kini pemenang Grammy Album of the Year, artis Super Bowl Halftime Show, dan simbol kuasa budaya Latin global. Namun, ironinya: semua ini masih dianggap permulaan.
Dari Vega Baja ke dunia: Asal-usul Bad Bunny
Dilahirkan sebagai Benito Antonio Martínez Ocasio pada 10 Mac 1994, Bad Bunny membesar berhampiran San Juan, Puerto Rico, dalam keluarga kelas pekerja. Ayahnya seorang pemandu lori, manakala ibunya guru sekolah. Bakat vokalnya diasah sejak kecil menerusi koir gereja, sebelum berkembang menjadi minat serius terhadap penciptaan muzik ketika usia pra-remaja dengan menghasilkan beat sendiri di dalam komputer.

Ketika masih bekerja di pasar raya Econo di Vega Baja, Benito memuat naik lagu-lagu ciptaannya sendiri ke SoundCloud. Tanpa perancangan besar atau sokongan industri, karya DIY inilah yang mencetuskan lonjakan luar biasa dalam kerjayanya.
Asal nama “Bad Bunny”
Jadi siapa Bad Bunny sebenarnya? Nama pentas “Bad Bunny” berasal daripada sekeping gambar zaman kanak-kanaknya memakai kostum arnab dengan wajah masam. Nama itu kekal bersamanya dan ironiknya, ia mudah diingati dan akhirnya menjadi simbol identiti: seseorang yang boleh bersifat lembut atau lantang, baik atau provokatif, tanpa perlu meminta izin industri.
“Yo Hago Lo Que Me Da La”: Prinsip Hidup
Judul album keduanya, Yo Hago Lo Que Me Da La Gana (“Aku Buat Apa Yang Aku Mahu”), menjadi falsafah kerjaya Bad Bunny. Beliau menolak norma industri:
-
enggan menukar bahasa demi pasaran arus perdana
-
mengekalkan identiti Puerto Rico
-
dan bebas bereksperimen dengan bunyi, imej serta fesyen
Pendekatan inilah yang membawanya daripada Latin trap dan reggaeton ke arus perdana global tanpa kehilangan akar.
Kemenangan Grammy bersejarah
Bad Bunny bukan sekadar dicalonkan tetapi beliau menang di Grammy!
-
Debí Tirar Más Fotos memenangi Album of the Year di Grammy Awards 2026
-
Ia menjadi album berbahasa Sepanyol pertama dalam sejarah Grammy yang memenangi kategori paling berprestij itu
-
Album ini juga memenangi:
-
Best Música Urbana Album
-
Best Global Music Performance
See Also
10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!
Abby Choi: Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam
Integrasi Seni, Budaya & Teknologi: Samsung Mentransformasikan Semua House
Cedera Di Set Penggambaran, Nick Jonas Dikejarkan Ke Hospital
House Of Gucci: Lady Gaga Akhirnya Tampil Membidas Kritikan Patrizia Reggiani
Kenali Beam, Pelakon Utama Siri ‘Thai Cave Rescue’ , Terbaru Di Netflix
-
-
Secara keseluruhan, Bad Bunny kini telah memenangi enam Anugerah Grammy sepanjang kerjayanya
Lebih signifikan, ini berlaku dalam konteks politik Amerika Syarikat yang tegang terhadap isu imigresen dan bahasa menjadikan kemenangan ini bukan sekadar artistik, tetapi simbolik.
Muzik, bahasa dan politik: Kejayaan yang “Inherently political”
Walaupun Bad Bunny ialah warganegara Amerika Syarikat, Puerto Rico merupakan wilayah di bawah kawalan Amerika sejak 1898, realiti kolonial yang menjadi teras album Debí Tirar Más Fotos. Album ini menggabungkan salsa, bomba dan plena iaitu bunyi tradisional Puerto Rico dengan reggaeton moden, sebagai satu kenyataan budaya dan penentangan halus.
Komitmennya untuk terus menyanyi dalam Bahasa Sepanyol, dalam industri yang lama meminggirkan suara Latino, menjadikan kejayaannya lebih bermakna.
Super Bowl tanpa bayaran. Siapa Bad Bunny ini?
Seminggu selepas Grammy, Bad Bunny mengambil alih satu lagi pentas bersejarah: Super Bowl Halftime Show.
-
Bad Bunny tidak menerima sebarang bayaran untuk persembahan mega di Super Bowl Halftime Show
-
Ini kerana NFL sememangnya tidak membayar artis halftime
-
Kos produksi ditanggung penganjur, manakala nilai sebenar ialah pendedahan global kepada artis
-
Bad Bunny kekal dengan identiti asal, tidak menukar bahasa atau pendekatan muzik
Pemilihannya mencetuskan kritikan konservatif, namun hakikatnya jelas: Bad Bunny menarik khalayak global dan selari dengan strategi NFL untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Tarikan pelbagai generasi dan residensi bersejarah
Album terbaharunya menunjukkan tarikan pelbagai generasi, menjadikannya lebih mudah diterima oleh institusi arus perdana tanpa mengorbankan keaslian. Tahun lalu, beliau juga mengadakan residensi konsert berskala besar di Puerto Rico, mengukuhkan lagi hubungannya dengan tanah kelahiran dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.
Jadi, siapa Bad Bunny?
Beliau ialah artis yang bermula sebagai pengemas barangan runcit, kini pemenang Grammy Album of the Year dan superstar Super Bowl tanpa menukar bahasa, budaya atau prinsip. Bad Bunny membuktikan bahawa keaslian bukan halangan untuk berjaya secara global; ia adalah satu bentuk kekuatan yang paling radikal dalam budaya pop hari ini.
Artikel berkaitan: Kendall Jenner & Bad Bunny Bintangi Kempen Gucci Valigeria
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
