Louis Vuitton Meraikan Seni di Art Basel Miami 2022
Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Didenda RM30,000
Simbolik Berlian Hijau Pada Cincin Pertunangan Jennifer Lopez
Pedih Ulu Hati: Jangan Abaikan Gangguan Kecil ini
Samsung Galaxy Z Flip5 Dilancarkan, Kini Tampil Dengan Skrin Depan Lebih Luas!
Home > Gaya Hidup > Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di China House

Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di China House

China House berganding bersama Xizhou Hall, penerima Anugerah Black Pearl, dalam sebuah kolaborasi eksklusif ‘Four Hands’ yang meraikan seni gastronomi tanpa sempadan. Ia menjadi sebuah perjalanan rasa antara masakan Cina Utara dan Huaiyang.  Terletak di Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown, China House terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi juadah yang membawa interpretasi baharu kepada masakan Cina. Di sini, tradisi tidak sekadar dikekalkan. ia diolah semula menjadi pengalaman moden yang lebih segar dan penuh estetika rasa. Musim ini, China House hadir bersama kolaborasi eksklusif ‘Four-Hands’ antara Master Chef Alan Shao dan Executive Sous Chef Calvin Yu dari Xizhou Hall, Park Hyatt Suzhou. Pertemuan ini menyatukan dua dunia kulinari berbeza bersama kekuatan hidangan Northern Chinese dan kehalusan Huaiyang. 

Kolaborasi Eksklusif ‘Four-Hands’ Yang Mengangkat Seni Rasa

China House Dan Xizhou Hall Cipta Momen Gastronomi Di Hyatt Regency KL Restoran ikonik tersebut mempersembahkan pengalaman lebih istimewa menerusi kolaborasi eksklusif “Four-Hands” antara Master Chef Alan Shao dan Executive Sous Chef Calvin Yu dari Xizhou Hall di Park Hyatt Suzhou, penerima pengiktirafan Black Pearl One-Diamond. Sinergi ini ternyata menawarkan pengalaman santapan yang eksklusif, apabila diiringi kemahiran dan ketelitian tinggi kedua-dua chef dalam mengolah menu buat pengunjung. Pengurus Besar Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown, Till Martin, turut mengatakan bahawa misi China House adalah untuk membawa jiwa autentik masakan Cina Utara ke Kuala Lumpur. Mereka berdedikasi dalam meneroka resepi yang mungkin jarang ditemui di kota dan melalui gandingan bersama Four Hands, pengunjung dapat menikmati sajian istimewa dua lokasi itu. 

Pertemuan Dua Chef, Dua Falsafah

Chef Alan Shao membawa falsafah yang menekankan integriti bahan sebagai asas utama masakan. Setiap hidangan di China House dihasilkan di mana mereka menghargai dasal-usul rasa. Oleh itu, teknik moden tidak akan menenggelamkan identiti bahan itu sendiri. Di sisi lain, Chef Calvin Yu memperkenalkan keanggunan hidangan Huaiyang yang terkenal dengan teknik halus dan persembahan yang rapi. Di bawah kepemimpinannya di Xizhou Hall, beliau telah membina reputasi sebagai individu yang mampu mengangkat bahan eksklusif menjadi karya seni di atas pinggan. 

Koleksi Rasa Yang Menyatukan Tradisi Dan Inovasi

China House Dan Xizhou Hall Cipta Momen Gastronomi Di Hyatt Regency KL Kolaborasi ini diterjemahkan dalam 23 hidangan yang disusun seperti sebuah perjalanan gastronomi. Daripada pembuka selera bertekstur kompleks seperti foie gras terrine dan caviar, hingga hidangan utama seperti Kaluga fish braised dan M9 Wagyu beef wok-fried, setiap elemen dirancang untuk mencipta keseimbangan antara intensiti dan kehalusan rasa. Rangkaian menu utama mereka turut memperlihatkan ketelitian teknik kedua-dua chef, terutama dalam penggunaan api wok dan teknik rebusan perlahan. Hidangan seperti crispy beef ribs bersama tangerine peel serta steamed red grouper dengan chicken oil memperlihatkan bagaimana tradisi boleh diterjemahkan semula dalam bentuk yang lebih kontemporari tanpa kehilangan jiwa asalnya. Pencuci mulut seperti double skin milk dengan red bean dan winter melon jelly menjadi penutup, melengkapkan perjalanan rasa yang kompleks dengan sentuhan lembut. Ia seolah-olah menutup sebuah babak gastronomi yang bermakna. 

Pengalaman Eksklusif Di Tengah Kuala Lumpur

China House Dan Xizhou Hall Cipta Momen Gastronomi Di Hyatt Regency KL Ditawarkan pada harga RM658+ seorang untuk set menu eksklusif, serta pilihan à la carte, kolaborasi ini membuka ruang untuk tetamu menikmati pengalaman kulinari sebagai sebuah pengalaman budaya. Di China House, setiap hidangan adalah cerita yang disusun dengan penuh seni antara Kuala Lumpur dan Suzhou. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown. Artikel berkaitan: Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia