fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Filem Terbaik Lakonan Henry Cavill
Zac Efron Terima Pengiktirafan Hollywood Walk of Fame
Pekerjaan 10 Selebriti Sebelum Bergelar Bintang Hollywood
Berita Pemergian Siti Sarah Meraih Perhatian & Kasih Sayang Dunia
Kontroversi Oscar: Momen Pertemuan Pertama Brad Pitt & Youn Yuh-jung Disalah Tafsir!
Home > Pesona Yang Teramat Mulia Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah

Pesona Yang Teramat Mulia Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah

Kenali YTM Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, ikon keanggunan baru diraja Brunei. Dari gaya fesyen minimalis yang ‘chic’ hingga pesona inteleknya. 

Dunia diraja sentiasa punya magis tersendiri, namun apabila berbicara mengenai Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, lensa mata dunia seakan terhenti seketika. Menginjak usia 18 tahun pada 28 Januari 2026, puteri bongsu hasil perkahwinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah dengan bekas personaliti TV, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim ini, kini mekar sebagai ikon keanggunan moden yang cukup dikagumi.

Gaya ‘Expensive’ yang Bersahaja

Puteri Ameerah mewarisi genetik kecantikan bondanya yang cukup ayu. Sering kali dilihat dengan gaya minimalis rambut beralun semula jadi dan solekan nude yang segar, puteri ini membuktikan bahawa gaya sebenar tidak perlu berlebihan. Setiap kali muncul di acara rasmi, seperti Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia sebelum ini, kehadirannya mencuri perhatian seperti busana kurung moden daripada TehFirdaus yang chic dan polos.

Elegan dalam Pendidikan

Disebalik pesona wajahnya, Puteri Ameerah adalah seorang remaja yang mengutamakan ilmu. Menuntut di Jerudong International School (JIS), beliau dikenali sebagai pelajar yang aktif dan berwibawa. Kehadirannya dalam acara sukan polo dan majlis kebajikan menunjukkan sisi empati dan dinamik, menjadikannya inspirasi bagi generasi muda bukan sahaja di Brunei, malah di seluruh nusantara.

Jiwa Murni dalam Kerja Amal

 

Meskipun sering menjadi tumpuan kerana statusnya, Puteri Ameerah lebih selesa mempamerkan sisi empati melalui penglibatan yang bersahaja. Beliau sering dilihat mengiringi ayahanda dan kekanda dalam majlis-majlis kebajikan serta ziarah rakyat, terutamanya di bawah naungan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Selain itu, sokongan beliau terhadap golongan istimewa melalui acara-acara kesedaran menunjukkan bahawa beliau memiliki “heart of gold” satu kualiti diraja yang sangat disenangi rakyat.

Simbol Hubungan Dua Negara

Kehadiran beliau di Malaysia dalam beberapa acara rasmi sering kali menjadi jambatan kasih yang mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Brunei dan Malaysia. Netizen sering menyifatkan Puteri Ameerah sebagai “Disney Princess” versi nyata, tenang, merendah diri, namun tetap memancarkan aura A-list yang sukar dicari ganti.

Artikel berkaitan: Flight Mode’ Oleh Louis Vuitton Buat Gaya Kembara Dinamik