fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Ariana Grande Sah Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Intim
Coachella 2025: Gaya Terbaik Selebriti
8 Lagu Raya 2025 Mesti Dengar
Janji Temu Romantis Kylie Jenner Dan Timothée Chalamet Di Kota Paris
Cinta Yang Tertulis Di Bintang: Luna Maya & Maxime Bouttier
Home > Gaya Hidup > Alami Keseronokan Staycation Di Kota Raya

Alami Keseronokan Staycation Di Kota Raya

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penat lelah seharian bekerja, alangkah enaknya bila dapat merebahkan tubuh di katil nan empuk kala staycation di hotel pilihanmu di Kuala Lumpur.

Lari sebentar dari kesibukan kerja dengan menempah pakej penginapan istimewa di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur! Untuk anda yang menetap di Kuala Lumpur dan tidak mahu bersesak-sesak menaiki kapal terbang atau tidak mahu membazir waktu di jalanan dan roadtrip, dua pakej menarik yang dihidangkan hotel berprestij di dunia ini, pasti bakal mencipta memori indah bersama anda dan yang tersayang.

GLAM memilih untuk bermalas-malas di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur pada malam tahun baru dan alasannya semestilah kerana pakej tawaran penginapan terbaik yang ditawarkan. Pakej Festive Wonderland Staycation Di Kuala Lumpur dan pakej Advance Purchase yang merangkumi senarai manfaat dan faedah yang boleh anda alami dan yang tidak mungkin anda mahu lepaskan seisi keluarga!

Golden Circle adalah program kesetiaan Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur yang telah banyak memenangi anugerah. Bukan ahli? Sertailah sekarang dan nikmati keistimewaan dan faedah eksklusif. Komitmen untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dan selamat supaya anda dapat menghargai saat-saat penting mencipta memori. Ketahui lebih lanjut mengenai komitmen kesihatan dan keselamatan di shangri-la.com/cares.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse