Loading media...

Unable to load content
Titik Akhir Cheong Jun Hoong Sebagai Penerjun Negara
Syifa Hadju & El Rumi Rasmi Bertunang, Terima Cincin Berlian 3 Karat!
Shuib Buat Kemunculan Semula Di Konti Radio
Beyonce Bakal Muncul Dengan Renaissance Act II
GLAM Profil: Kuasa Imej Amani Azlin
Home > Gaya Hidup > Alasan Aishwarya Rai Menolak Untuk Berlakon Di Samping Brad Pitt Dalam Troy

Alasan Aishwarya Rai Menolak Untuk Berlakon Di Samping Brad Pitt Dalam Troy

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nama Aishwarya Rai tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelakon ini bukan sahaja gah di Bollywood, malah berjaya mencipta nama di Hollywood dengan bakat lakonan yang mantap dan mengagumkan.

Namun tidak ramai mengetahui bahawa Aishwarya pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem terkenal, Troy di samping pelakon kacak, Brad Pitt.

Baru-baru ini, bekas ratu cantik dunia 1994 ini mendedahkan mengapa dia menolak untuk membintangi filem yang ditayangkan pada 2004 itu.

Katanya kepada The Indian Express, terdapat banyak perkara yang mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan buat dirinya dalam jangka masa panjang.

“Cara kerja di India dan Barat sangat berbeza. Di Hollywood mereka bertemu anda, membuat perjanjian, kemudian ‘mengikat’ anda untuk satu tempoh masa yang lama sebagai jaminan. Jadual kerja sebegitu adalah sesuatu yang baru untuk saya.”

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse