Home > Gaya Hidup > Lima Kulinari Mewah Dan Sedap di Hilton Singapore Orchard
Lima Kulinari Mewah Dan Sedap di Hilton Singapore Orchard
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Jul 26, 2024
Hilton Singapore Orchard menawarkan restoran bertaraf global dengan pilihan yang terinspirasi daripada Singapura lama dan baharu.
Semua tahu yang rangkaian Hotel Hilton mempunyai servis yang paling bagus. Hotel ini sudah popular dan banyak muncul di hampir semua negara. Pengalaman inap di Hotel Hilton tidak dapat disangkal lagi dek layanan yang cukup santun serta empuknya katil mereka. Tetapi, apa yang lebih menyeronokkan adalah pilihan juadah yang disediakan buat para pengunjung yang tiba. Setiap Hotel Hilton mempunyai karakter pengalaman juadah mereka. Hilton Singapore Orchard bangga dapat memberikan lima restauran terbaik pengembara dunia yang dimadu dengan kekayaan lokal Singapura. ESTATE – KULINARI DUNIA DENGAN GABUNGAN JUADAH SERANTAU MEWAH Ruang makan utama, Estate tersergam indah dengan seni rekaan yang mengembalikan rasa residen kolonial lama Singapura. Jubin hitam putih serta dekorasi berasaskan kayu kayan menjadi penyeri buat Estate di Hilton Singapore Orchard ini. Selain banyak ruang makan yang bersifat privasi, di sini juga ada open kitchen yang menampilkan para chef bekerja menyiapkan makanan. Hidangan makanan laut premium, juadah barat dan Asia pasti memenuhi lidah semua. Antara bintang utama di Estate adalah Pan-Seared Foie Gras yang dimasak dengan manisan buah epal serta markisah.
GINGER.LILY – BAR LOBI YANG MERAIKAN TEMA BOTANIKAL
Buat yang mahukan pengalaman sofistikated serta mewah, singgah dahulu ke Ginger.Lily oleh Hilton Singapore Orchard. Biarpun berada di ruang utama lobi hotel, tetapi dengan pintu kaca ala katedral yang mengelilingi Ginger.Lily ini mampu memberi rasa yang lebih privasi. Tema botanikal menjadi inspirasi hidangan di bar ini baik hidangan ringkas mahupun minuman. Ambil masa untuk menikmati set minum petang mereka yang mengambil inspirasi daripada kuisin Nikkie. Uniknya, ia menggabungkan idea teknik persiapan makanan Jepun dengan ramuan Peruvian.
OSTERIA MOZZA – NIKMATI MENU CALIFORNIA ILHAM CHEF NANCY SILVERTON
Tidak perlu terbang berbelas jam hanya untuk menikmati piza terbaik oleh Chef Nancy Silverton di California. Kerana Silverton dengan membuka restoran berbintang satu Michelin di Hilton Singapore Orchard. Osteria Mozza di Singapura ini adalah restoran Chef Nancy Silverton yang satu-satunya di Asia. Di sini ada ruangan makan di dalam dan buat yang mahu menikmati cuaca tropikal Asia, boleh pilih di bahagian luar. Keliling restoran ini diserikan dengan tumbuhan hijau dan ada herba yang ditanam bagi digunakan oleh pihak Osteria Mozza.
CHATTERBOX – TERKENAL DENGAN HIDANGAN PENJAJA SEJAK 1971
Tidak lengkap sekiranya berkunjung ke Singapura jika tidak menikmati juadah lokal mereka. Walaupun seleranya mungkin sama dengan Malaysia, tetapi di sini masih mempunyai keunikan dan rasa yang lain. Chatterbox yang sudah memang menjadi restoran ikonik di Singapura sejak 1971 menjadi tempat wajib kunjung oleh GLAM! Hidangan juadah penjaja jalanan diangkat menjadi satu siri kuisin yang mewah tanpa perlu disarati dengan ramuan lain. Rasa nasi ayamnya masih kekal sama menjadikan ia bintang utama di menu Chatterbox.
SHISEN HANTEN – KUISIN SZECHUAN DENGAN SATU BINTANG MICHELIN
Chen Kentaro menjadi orang penting dalam membangunkan restoran Shisen Hanten sehingga berjaya mendapat satu bintang Michelin selama enam tahun berturut-turut. Di sini, hidangan asli Szechuan menjadi watak utama yang disertakan dengan tujuh rasa utama yakni masam, pedas, panas, manis, pahit, aromatik, dan masin.
Artikel Berkaitan: DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside Lancar Residensi Seni Untuk Artis Kontemporari Malaysia
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026


