Doja Cat Duta Global M.A.C Cosmetics
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioDoja Cat, pemenang Grammy memukau di VMAs 2025 dengan membuat gimik menggigit lipstik ikonik M.A.C, Lady Danger yang mengejutkan ramai tontonan dan menjadi bualan ramai!

M·A·C Cosmetics telah mengumumkan artis multiplatinum pemenang Grammy Doja Cat sebagai Duta Global terbarunya. Melalui perkongsian jangka panjang ini, Doja akan membintangi siri kempen global untuk beberapa produk M·A·C yang paling ikonik dengan banyak kejutan di sepanjang tugasnya sebagai duta Global.
Doja membuat debut rasmi M·A·C di Anugerah Video Muzik MTV 2025, mengejutkan karpet merah apabila dia kelihatan mengigit Gincu M·A·C dalam warna kegemarannya Lady Danger dengan gimik ikonik dirinya sebagai Doja yang sebenar. Ternyata lipstik yang digigitnya sekadar replika coklat yang boleh dimakan yang dicipta oleh chef pastri terkenal dunia Amaury Guichon. Dia kemudiannya membuka pertunjukan dengan persembahan debut “Jealous Type” dan kemudian memenangi VMA K-Pop Terbaik 2025 untuk “Born Again” oleh LISA ft. Doja Cat & RAYE.

“Saya telah menjadi gadis M·A·C selama-lamanya, dan kini saya dapat membawa cinta itu ke pentas global,” kata Doja. “Solekan adalah identiti saya, perisai saya, cara saya mencipta watak dan M·A·C sentiasa mewakili jenis seni dan kebebasan itu. Kami akan bersama lebih jauh dan membuat orang melihat kecantikan dengan cara yang sama sekali baharu.”
Debut M·A·C dan Doja memberikan rasa seni berani yang akan datang dari padanan yang dibuat di syurga solekan ini. Bagi Nicola Formichetti, Pengarah Kreatif Global M·A·C, kerjasama ini mewakili perlanggaran dua kuasa kreatif. “Doja mempunyai tenaga tanpa takut yang sesuai dengan ilham M·A·C. Dia menggunakan solekan sebagai alat untuk kreativiti, menolak sempadan ekspresi. Kami teruja untuk bergabung dengannya untuk mentakrifkan semula dan mengganggu ruang kecantikan.”

Aïda Moudachirou-Rebois, Naib Presiden Kanan M·A·C Cosmetics dan Pengurus Besar Global, menambah: “M·A·C sentiasa menjadi platform untuk artis, penghibur, kreatif yang membentuk budaya. Bukan sahaja Doja adalah salah satu suara paling menarik dalam generasinya, kami menyukai kreativitinya, seni yang unik dan semangat tanpa takut, yang bergema di seluruh dunia. Kami tidak dapat memikirkan rakan kongsi yang lebih sempurna untuk membantu kami menulis bab seterusnya dalam cerita M·A·C. Selamat datang ke keluarga M·A·C, Doja.”
Artikel berkaitan Tips Solekan Mudah Untuk Mereka Yang Berwajah Bulat

Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
