Trend ‘Claw Clip’ Lazy Hair Kini Kembali
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioGaya rambut menggunakan Claw Clip kini kembali hangat! Trend yang dahulunya popular turut menjadi pilihan generasi kini, siapa kata trend klip rambut ini sesuai buat orang pemalas? Percayalah anda akan nampak lebih sensual dengannya!
Kalau ada satu aksesori rambut yang benar-benar telah mengubah cara kita berdandan setiap pagi, ia adalah Claw Clip. Kecil, mudah, dan boleh mengubah rambut yang kusut masai menjadi gaya yang nampak seperti baru keluar dari studio fotografi. Tidak hairan mengapa ia menjadi kemestian di jalanan New York, viral tanpa henti di TikTok, dan sering kelihatan terselit di rambut it-girl seperti Hailey Bieber dan Bella Hadid.

Kenapa Claw Clip Begitu Istimewa?
Sebab ia serba boleh. Berbeza dengan getah rambut biasa yang boleh menarik dan merosakkan helai rambut, claw clip lebih lembut pada rambut dan tidak meninggalkan kesan lekukan yang menjengkelkan. Lebih menarik lagi, ia hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz dari yang mini untuk fringe yang nakal, hingga yang besar dan kukuh untuk rambut tebal yang lebat. Ada yang tampil dengan rekaan bunga warna-warni, ada yang berkilau seperti cengkerang laut metalik. Semuanya cantik, semuanya bergaya. Seperti yang terjual di Alo Yoga, claw clip yang berinspirasikan bentuk 90-an

Untuk Semua Jenis Rambut, Untuk Semua Suasana
Sama ada rambut anda pendek bertekstur atau panjang melambai hingga ke pinggang, pasti ada claw clip yang sesuai untuk anda. Hari hujan yang tidak sempat siap rambut? Claw clip selamatkan situasi. Nak capai gaya half-up yang polished seperti yang tersimpan dalam papan Pinterest anda? Claw clip juga jawapannya.
Jenama Emi Jay merupakan jeenama kegemaran Bella Hadid, Kendall Jenner, dan Hailey Bieber ini menawarkan pelbagai saiz dan rekaan yang memukau, dengan cengkaman kukuh yang sesuai untuk semua jenis rambut. Ia bukan sekadar aksesori ia adalah pernyataan gaya.
Artikel berkaitan Air Rosemary Rawat Rambut Gugur? Ini Jawapannya
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


