Samsung Galaxy Z Flip6: Peneman Vanizha Seimbangkan Tarian, Fesyen, dan Kehidupan
Reunion Demi Lovato & Jonas Brothers Buat Ramai Menangis?
Ini Senarai Filem Baharu April 2026 Yang Wajib Masuk Senarai Tontonan Anda!
Mint & Papaya Taruhan Baharu Koleksi Essential Di Rimowa
Ini Sebab Korea & Jepun Menjadi Destinasi Terhangat Hujung Tahun 2025

Celine Dion Hidap Penyakit Rare Yang Tidak Mampu Diubati

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelantun lagu My Heart Will Go On itu berkata, dia kini sedang menjalani rawatan untuk mengurangkan simptom yang dialami. “Saya mempunyai barisan doktor hebat yang membantu saya untuk sembuh serta anak-anak yang memberi sokongan dan bantuan kepada saya. “Saya bekerja keras dengan pakar terapi perubatan sukan setiap hari untuk membina semula kekuatan dan keupayaan saya agar kembali pulih, namun saya perlu akui ia satu perjuangan yang sukar. “Saya rindukan anda semua. Saya rindu melihat anda semua, membuat persembahan di atas pentas untuk anda. Saya sentiasa memberi 100 peratus apabila membuat persembahan tetapi keadaan sekarang tidak mengizinkan saya untuk menghiburkan anda. Tambah penyanyi kelahiran Kanada itu, dia kini tiada pilihan lain selain memberi fokus pada kesihatannya dan berharap agar dirinya akan pulih seperti sedia kala.

Foto: Getty Images

  Foto: Getty Images   Baca: Konsert Jelajah Dunia Celine Dion Ditangguhkan Sekali Lagi
3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse