Home > Gaya Hidup > Sempena Coldplay di Malaysia, Dengar 4 Lagu Ikonik Pilihan GLAM Ini!
Sempena Coldplay di Malaysia, Dengar 4 Lagu Ikonik Pilihan GLAM Ini!
Sudahkah anda bersedia dengan kehadiran Coldplay di Malaysia hari ini? Ayuh warm up diri dengan 4 lagu nyanyian band ini yang menjadi pilihan GLAM?
Setelah sekian lama menantikan kehadiran penyanyi berkumpulan, Coldplay, ke Malaysia, akhirnya peminat tempatan menarik nafas lega apabila kumpulan ini ternyata mahu menyinggahi tanah air tercinta untuk konsert jelajahn mereka yang diberi nama Music Of The Spheres.
Kami berkunjung ke aplikasi X untuk melihat pelbagai reaksi peminat. Ada yang sudah mula mengira hari menanti hari konsert yang berlangsung hari ini, 22 November 2023. Tidak kurang ada juga yang dilihat sudah beratur seawal 12 pagi untuk mendapatkan tempat duduk terbaik apabila memasuki ruang di dalam stadium itu nanti.
Sementara menanti konsert yang bakal berlangsung jam 8.30 malam nanti, ayuh sama-sama mendengar 4 lagu daripada Coldplay yang menjadi pilihan GLAM dan mungkin menjadi antara lagu yang berada di dalam setlist konsert jelajah mereka di Malaysia malam ini!
Kami berkunjung ke aplikasi X untuk melihat pelbagai reaksi peminat. Ada yang sudah mula mengira hari menanti hari konsert yang berlangsung hari ini, 22 November 2023. Tidak kurang ada juga yang dilihat sudah beratur seawal 12 pagi untuk mendapatkan tempat duduk terbaik apabila memasuki ruang di dalam stadium itu nanti.
Sementara menanti konsert yang bakal berlangsung jam 8.30 malam nanti, ayuh sama-sama mendengar 4 lagu daripada Coldplay yang menjadi pilihan GLAM dan mungkin menjadi antara lagu yang berada di dalam setlist konsert jelajah mereka di Malaysia malam ini!
Ayuh Dengar 4 Lagu Coldplay Pilihan GLAM Ini!
#1 Higher Power
Antara lagu yang cukup dekat dengan para peminatnya. Seperti seolah-olah menyanyikan untuk diri sendiri. Dan bukan itu sahaja, ingatkah lagi anda apabila lagu ini pertama kali diperdendangkan kepada angkasawan Perancis, Thomas Pesquet, yang mendengarnya langsung dari stesen angkasa antarabangsa. Cukup ikonik! Kata Chris Martin kepada Thomas, “Lagu ini adalah mengenai pencarian ‘angkasawan’ di dalam diri kita semua, insan itu adalah insan yang mampu lakukan pelbagai perkara yang menakjubkan.”#2 The Scientist
Masih ingatkah lagi anda pada klip muzik video yang dilakukan Coldplay untuk lagu The Scientist ini 12 tahun yang lalu? Muzik video paling ikonik yang mana Chris Martin ketika itu dipertanggungjawabkan untuk menyanyi lagu ini dalam lirik yang terbalik bagi menjayakan konsep video yang dimainkan dalam keadaan putar balik. Lihatlah dedikasi penyanyi ini dalam menghafal lagunya secara daripada hujung lilrik hingga kembali semula ke permulaan!#3 Paradise
Lagu yang turut dicipta 12 tahun yang lalu ini masih menjadi antara muzik pilihan nombor satu peminat Coldplay di Malaysia. Menariknya di dalam muzik video ini, mereka menggunakan maskot gajah sebagai bintang utama. Namun apa yang ditunjukkan menerusi video muzik ada sedikit berbeza dengan naratif lirik sebenar lagu ini. Menerusi lirik, lagu ini menggambarkan fantasi dalam melarikan diri kemudian hilang dalam mencari diri. Dia mula menyedari dirinya tidak seperti apa yang diingininya dan mengharapkan segala yang sempurna seperti di syurga.#4 Mesti nyanyi Viva La Vida sewaktu Coldplay di Malaysia!
Lagu yang dicipta 15 tahun yang lalu masih meremang apabila dimainkan hari ini. Pastinya peminat-peminat Coldplay mahukan lagu ini dimainkan di konsert jelajah mereka di Malaysia! Walaupun lagu Viva La Vida ini menggunguli pelbagai carta muzik antarabangsa, namun ramai yang sewaktu ini tidak sedar bahawa lagu ini menceritakan revolusi Perancis serta kematian King Louis XVI. Di dalam muzik videonya juga mempamerkan sebuah lukisan sejarah 1830 yang dikenali sebagai “Liberty Leading the People” yang dilukis oleh Eugène Delacroix. Gambar: Instagram rasmi ColdplaySee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
