Related Stories
Home > Gaya Hidup > Datin X: Ipar Duai Berpecah Belah, Porak Peranda Rumah Mentua
Datin X: Ipar Duai Berpecah Belah, Porak Peranda Rumah Mentua
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Jul 27, 2021
Bukan senang bila ipar duai duduk satu rumah. Lagi-lagi bila ada kelibat kedua-dua mentua. Ah… kacau dibuatnya!
Sudah menjadi asam garam berkeluarga, anda perlu sentiasa up for the game. Datin X pasti, yang menantu tak habis-habis mencari modal mengambil hati ibu mentua. Yang si Ibu pula mulalah mengambil kesempatan hendak demand yang bukan-bukan. Begitulah alam perkahwinan kerana pasangan berkahwin mana boleh lari dari drama sinetron ini. Namun yang menambah tekanan apabila ipar duai duduk satu rumah bersama kedua mentua, tak sekepala dan sentiasa berbalah dalam diam, ini suatu mimpi buruk yang menakutkan! Bayangkan bila sering ‘berperang’ 24 jam (Datin X tak boleh bayang!). Dia mengata dia, yang satu lagi asyik menokok tambah cerita. Mana satu yang betul ya? Datin X kenal rapat dengan dua sosialit terkenal Malaysia ni. Siapa tak kenal dengan Julie dan Jane. Nama pun sudah seakan-akan dan tambah awkward bila selalu tersalah sebut oleh mentua tapi malangnya mereka berdua langsung tak boleh gel. Bukan sahaja tak sekepala, malah sering bermasam muka bila berdepan dengan satu sama lain. Adalah satu ketika Datin X nampak mereka makan semeja, bergelak ketawa bersama sosialit lain di media sosial tapi keakraban mereka sering Datin X ragui. Julie adalah isteri anak lelaki pertama Datin Seri Q. Jane pula merupakan menantu perempuan Datin Seri Q yang kedua. Apalah nasib menantu berdua ni bila duduk satu rumah bersama. Seram sejuk membayangkannya, kan? Sejak lahir hingga sudah dewasa dua beradik lelaki ini sering dilabel Mama’s boy. Mana tidaknya, dari kecil mereka sering berkepit sampai tak boleh berenggang langsung! Memiliki taste yang sama tinggi dengan ibunya, kedua-dua anak lelaki Datin Seri Q bernikah dengan sosialit paling hot and famous di Malaysia. Hmm… walaupun sama-sama hot mereka berdua masih perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebelum diterima menjadi sebahagian dari keluarga Datin Seri Q. Phew! Sukar nampaknya untuk berada di tempat Julie dan Jane ketika ini. Hot sahaja bukan kayu pengukur untuk hidup senang lenang. Datin X tak boleh bayangkan betapa gigihnya usaha mereka agar dapat menjadi suku sakat Datin Seri Q. Walau banyak halangan yang perlu mereka tempuh hanya untuk memenangi hati kedua mentua mereka. Sigh!Pautan berkaitan: Datin X: WARNING! KL Dipenuhi Datin Super Fake
Antara mereka berdua, Datin X lebih rapat dengan Julie. Baru-baru ini kami berpeluang hangout bersama sebelum PKP 3.0 dilancarkan. Terkejut Datin X bila mendapat tahu updates terkini tentang apa yang sudah terjadi. Ceritanya, mereka berbalah sekali lagi, cuma yang kali ini agak serius bila adegan tumbuk-menumbuk, bergomol sambil tarik-menarik rambut berlaku. Dahsyat! Jane kaki bawa cerita sudah canang cerita yang bukan-bukan tentang Julie dan mahu menang dalam apa jua situasi. Tapi hal tentang dirinya disorok dan tidak ramai yang tahu. Persengketaan bersama Julie sering berlaku bila dia mahu meraih undi Datin Seri Q untuk membenci birasnya itu. Tidak mustahil cerita dia dipulau teman-teman dari negara jiran (Brunei) adalah benar belaka. Semua tidak mahu rapat hingga tiada ‘seekor’ pun kekal lama dengannya. Itu juga salah satu sebab dia segera ‘menjala’ orang kaya di Malaysia. Sejak berkahwin dia menetap di sini dan bernasib baik kerana mendapat kewarganegaraan Malaysia. Begitulah cerita Julie kepada Datin X. Yang penting di kalangan sosialit Malaysia juga sudah mula hidu cerita Jane sedang menjalin hubungan sulit dengan toyboy dan khabarnya sudah deactivate akaun Instagramnya agar tidak ‘pecah lubang’ dan sampai ke pengetahuan mentuanya. Artikel sepenuhnya di dalam GLAM JUN/JULAI 2021 Ilustrasi: Hidayah Ahmad SurasaSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
