Home > Gaya Hidup > Datin X: Puan Seri Tak Sedar Diri Bermenantukan Call Girl
Datin X: Puan Seri Tak Sedar Diri Bermenantukan Call Girl
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Sep 14, 2022
Sibuk mengata suami, anak dan menantu orang lain tanpa berani memandang cermin, memperbetulkan diri. Puan Seri serik menerima menantu yang hanya cantik luaran tapi sebenarnya berperangai syaitan (call girl).
Siapa tak kenal Elman Razak, anak emas Puan Seri Dida Junaidah? Satu Malaysia terpanah petir bila isu Elman menikahi call girl tanpa si ibu kenal siapa sebenarnya menantunya itu. “Macam mana pula orang yang kuat canang cerita orang seperti Puan Seri Dida tidak tahu menahu langsung tentang status Zizi (menantunya)?” Ramai berasa pelik bila dia mengagung-agungkan menantunya itu. Macamlah teman-temannya tidak tahu ‘cerita’. Mereka hanya mampu terkedu tiada kata. Soalan yang diaju bertubi-tubi hanyalah kepada sesama sendiri dan sehingga kini tiada siapa pun berani bertanyakan hal itu sendiri kepada Puan Seri Dida. Di majlis resepsi anak tunggalnya, Elman dan Zizi, Puan Seri Dida terlihat paling bahagia. Wajahnya yang baru disuntik susuk dan kulit muka nan licin tampil gebu mendapat tumpuan tetamu yang hadir. Maklumlah, dia punya wang berkepuk maka bolehlah menjamin rawatan seumur hidup. “Mengalahkan pengantin!,” seloroh Datin Sara kepadanya. Dia hanya tersenyum bangga namun tidak henti tersenyum setiap kali tetamu yang hadir memujimuji kecantikan menantunya yang tampil bak bidadari hari itu. Apatah lagi bila bergandingan bersama Elman, anak orang berada paling handsome di Kuala Lumpur! Kerana sering mengata orang dan menyebar fitnah tanpa usul periksa, Puan Seri Dida lupa untuk menyemak sendiri latar belakang menantunya. Zizi, seorang call girl yang aktif menjadi call girl sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi semakin liar semasa menuntut di universiti. Yang jeliknya, dia menggunakan kebijaksanaannya itu untuk menggoda orang tua ganyut yang berpoket tebal sehingga menemani mereka ke mana sahaja (termasuk ke kamar tidur!) sematamata mahu memperoleh apa yang diingini.Pautan berkaitan: DATIN X: Bela Anak Ikan, Suami Isteri Kantoi Right-Handed
Seorang wanita yang berperwatakan menawan dan bijak, Zizi sebenarnya mampu mendapat segala yang diimpikan dengan usaha sendiri namun memilih untuk menjadi sebaliknya. Mengharapkan wang kotor dengan melakukan perbuatan terkutuk. Dia bangga bercerita kepada teman-teman bila mana diri dikejutkan dengan hadiah seperti tas tangan, kasut tumit tinggi dan busana mewah dari jenama terkenal dunia. Zizi diperkenalkan sebagai seorang business owner kepada seluruh keluarga. Punya butik pakaian sendiri ( yang sebenarnya dimodalkan suami ) dan sering memenuhi dada majalah dan portal-portal lokal dengan content mengenai kejayaan perniagaannya. Mudah sekali Puan Seri Dida terpukau dengan cerita duniawi sehingga lupa mahu mengenali hati budi dan latar belakang bakal menantu itu. “Mereka semua ni jealous kerana Zizi tu cantik dan bijak. Kalau dia bukan menantu I, they all semua tak akan buat cerita fasal dia, kan?” soal Puan Seri Dida kepada Datin X. Tak sampai hati betul Datin X untuk mengiyakan segala tuduhan yang dimaksudkan orang itu adalah benar belaka. Puan Seri Dida amat yakin dan tidak mahu mendengar kata teman yang lain. Artikel sepenuhnya di dalam GLAM SEP 2022 Ilustrasi: Hidayah Ahmad SurasaSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
