fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Detik-detik Menarik Pertunjukan Chanel di Cuba
Gaya British di BAFTA Television Awards 2015
GUCCI Musim Luruh 2023 “Y2K Revival”
How Are You, Babe?
Semua Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Met Gala 2026!

10 Koleksi Paling Mengagumkan Sepanjang Pertunjukan Musim F/W 2019

Minggu Fesyen F/W 2019 sudah pun berakhir dan boleh dikatakan kebanyakan pertunjukan koleksi terbaru ini melangkaui jangkaan kami di GLAM. 

Musim kali ini juga menandakan beberapa peristiwa yang memberi impak kepada dunia ini yakni kehilangan seorang insan kreatif Karl Lagerfeld yang telah mengetuai Chanel dan Fendi untuk beberapa dekad, Hedi Slimane kembali dengan koleksi ketiganya buat Celine dan mengagumkan barisan kritik, manakala Valentino pula menjiwai jiwa romantik mereka dengan koleksi berunsurkan sajak-sajak indah.

 

Lihat 10 koleksi paling mengagumkan daripada koleksi F/W 2019!

6 of 10

Louis Vuitton F/W 2019

Menggunakan rasa ingin tahunya sendiri tentang garisan yang memisahkan realiti dan dunia media sosial yang kita kenali, Nicolas Ghesquière mengambil Beaubourg, Centre Pompidou, sebuah lokasi yang menggabungkan puluhan puak dibawah satu nama. Idea asal koleksi ini adalah untuk memberi interpretasi sub-budaya yang cukup lazim dengan kawasan tersebut dan menjiwai budaya-budaya tersebut sebelum kehadiran media sosial.

6 of 10

Louis Vuitton F/W 2019