fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
10 Tas Tangan Baru Gaya Parti Akhir Tahun! #GLAMWISHLIST
Aksesori “Bag Charms” Menjadi Trend Fesyen Terkini
Beg Raffia LOEWE, Summer Trend 2023
Clash de Cartier : Cita Rasa Dua Karakter Berbeza, Satu Rekaan
Senarai Pencalonan The British Fashion Awards 2019

6 Ilham Busana Mewah Di Kediaman Berdekorasi Indah

Bercita rasa tinggi, wanita GLAM bukan sahaja pintar memilih busana berjenama malah melingkupi gaya hidup elegan.

 

 

Sealiran dengan gaya, keperluan kehidupan juga perlu diteliti. Oleh itu penting bagi anda memilih restoran nyaman dengan menu paling enak. Destinasi percutian juga tidak kurang hebat, anda gemar ke negara empat musim, eksotik dengan budaya dan tradisi.

 

 

Tempat tinggal pilihan juga perlu menepati gaya mewah idaman anda. Citra dekorasi pilihan penuh kisah tersendiri, jelas melambangkan keperibadian diri. Setelah berhari-hari meneroka laman Airbnb mencari kediaman indah untuk #ootd lantas anda membuat senarai inap pilihan.

 

 

Kemudian, pencarian busana bersesuaian disenarai pendek. Setiap satunya perlu serasi dengan sudut rumah dan persekitaran yang ada sama ada reka bentuk minimalis, moden penuh roan pop atau butiran hiasan penuh tradisi.

 

 

Memudahkan anda memilih, sediakan beberapa kediaman dan padanan busana menawan daripada Oscar de la Renta, Dolce & Gabbana, Versace atau Gucci. Diharap senarai ini mampu memberi ilham pada percutian anda seterusnya.

6 of 6Next

Versace & Tijuana Municipality, Baja California, Mexico

 

Blaus merah dengan seluar high-waisted cetakan baroque rekaan Versace menampilkan gaya elegan si pemakai. Sangat serasi dengan penginapan Bohemian yang menerapkan eleman klasik seni bina Mexican berlokasi di Tijuana, Mexico.

 

6 of 6Next

Versace & Tijuana Municipality, Baja California, Mexico