fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Naomi Campbell Hangatkan Pembukaan Minggu Fesyen London
6 Gaya Fesyen Mimi Lana Pilihan GLAM
MET Gala 2023, Sofia Coppola dalam CHANEL
Neelofa Dijangkiti Influenza A, Mohon Doa Rakyat Malaysia
MCM Melakar Legasi Baharu dalam Dunia Smart Luxury

Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Jean Paul Gaultier

Antara salah satu koleksi yang menjadi bualan hangat di media sosial ketika Minggu Fesyen Haute Couture, pastinya dari Jean Paul Gaultier (JPG). Ludovic de Saint Sernin menjadi pereka tetamu yang kelapan dan termuda, hadir ke pentas Gaultier dengan visi yang cukup jelas. Warisan serta karya agung lagenda fesyen jenama ini sendiri, menjadi titik tolak bagi Saint Sernin untuk mengangkat warisan tersebut ke dalam acuan baharunya. Mengangkat tema ‘Le Naufrage’, pereka muda ini menyelami ke sebuah dunia pasca karam yang penuh imaginasi dengan lanun, duyung dan pengantin yang hilang. Saint Sernin bijak menggabungkan antara DNA dirinya dengan JPG, bersama-sama disuntik ke dalam koleksi. Di mana, dia memilih untuk menelusuri sisi sensual dan struktur Gaultier. Manakala, siluet yang mendakap tubuh dan permainan korset pula yang menjadi nadi utama koleksi, menjadi satu penghormatan minimalis yang berakar dalam estetika peribadinya. Ia menjadi satu pertunjukan fesyen yang mempunyai esen emosi, dramatik dan seni artistik yang nyata terpancar. Koleksi ini menjerit nada sensual dan berani dan beberapa rekaannya benar-benar mencuri tumpuan. Sebagai contoh, gaun berlabuci yang menangkap cahaya seperti pasir basah di pantai, gaun lateks bertekstur garang dengan material kulit reptilia serta busana berona putih dengan butiran tali sauh laut yang membelit. Namun, secara keseluruhannya, setiap helaian berjaya menawarkan daya pikat couture yang segar. Kolaborasi ini memperlihatkan perkahwinan imaginasi laut Gaultier dengan estetika sensual de Saint Sernin.

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse