fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dengan Bayaran Sebanyak $13.1 Bilion LVMH Kini Memiliki Dior Sepenuhnya
GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda
THE MAXIMALISM GUCCI GANG
Cara Pilih Kasut Tumit Tinggi Sesuai Mengikut Pakaian Anda
Sentuhan Hollywood Klasik Buat Pertunjukan Dior Cruise 2027

Fendi Meraikan Logo Ikonik FF Dengan Koleksi Khas di Net-a-Porter

Dizahirkan oleh Karl Lagerfeld sendiri pada tahun 1965 logo ikonik dan warisan Fendi yakni logo FF (Fun Fur) diraikan dengan bantuan pusat beli-belah atas talian Net-a-Porter.

 

Koleksi ini menampilkan logo FF sebagai tunjang utama setiap ceraian baju, sepatu, dan aksesori. Sejak dahulu lagi mempengaruhi unsur rekaan beberapa ceraian ikonik Fendi seperti kasut Rockoko dan tas tangan Peekaboo, logo ini diabadikan sekali lagi dengan nafas baru melalui koleksi kapsul ini. Mengekalkan rona warna signatur Fendi, classic tobacco dan hitam, koleksi ini juga menampilkan variasi rona putih dan hitam yang menunjukkan kelainan daripada koleksi Fendi sebelum ini.

 

Dengan pelancaran eksklusif ini juga, koleksi ini bakal dilancarkan di laman sesawang Net-a-Porter menjelang 13 April ini terlebih dahulu untuk sebulan sebelum dilancarkan pula di butik-butik Fendi yang terpilih dan fendi.com.

3 of 4

Koleksi Kapsul Fendi FF Logo

3 of 4

Koleksi Kapsul Fendi FF Logo