fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
‘A’ untuk Attitude dan Anthony Vaccarello
Pandora Garden Lebih Mekar Pada Musim Bunga 2021!
Koleksi Lengkap Chanel SS16
Gucci La Famiglia Menyapa Singapura Secara Eksklusif Di Marina Bay Sand
HABIB Lancar Koleksi Terkini Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2024

Burberry Monogram Dirai Di Pavilion KL

Pertama kali diperkenalkan pada Ogos 2018, koleksi Monogram adalah sentuhan Riccardo Tisci dengan kerjasama pengarah seni British dan pereka grafik Peter Saville diilhamkan daripada motif Burberry abad ke-20 yang telah diarkibkan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan koleksi renaissance dan #BurberryMonogram rumah fesyen mewah ini telah melancarkan kedai pop-up eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur yang dibuka sehingga 22 Disember 2019.

Terletak di tingkat dua berdekatan butik Burberry, konsep pop-up store ini menunjukkan bentuk kiub yang dipadankan dengan blok kadbod dengan cetakan perak dan emas serta struktur metalik, mencerminkan seni bina bangunan diraja British yang bersejarah. Di ruang dalam, anda boleh menemui koleksi kapsul Thomas Burberry Monogram yang terdiri daripada ready to wear, aksesori dan beg.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse