Matthieu Blazy: Bakal Pengarah Kreatif Baharu Chanel? Kenali Pereka Muda Ini
Fun fact Menarik Tentang Blazy
1. Perjalanan Blazy dalam dunia fesyen
Kisah hidup bekerja yang penuh dengan kolaborasi bersama nama-nama besar dalam industri fesyen. Seorang graduan dari La Cambre di Brussels, Blazy memulakan kerjaya fesyennya dengan pengalaman penting di Balenciaga dan John Galliano. Hasil air tangan karya kerjayanya benar-benar berkembang apabila beliau bekerja rapat bersama Raf Simons sebagai Pereka Pakaian Lelaki, yang juga menyaksikan pertemuannya dengan pasangan hidupnya, Pieter Mulier. Seperti hubungan beliau dengan Daniel Lee di Bottega Veneta, Mulier turut menjadi tangan kanan Blazy, mengikuti langkahnya ke Dior pada 2012.

Blazy bersama Mulier, 2020

Matthieu Blazy, Bottega Veneta
2. Dari Balenciaga ke Maison Margiela
Blazy pernah bekerja secara singkat di Balenciaga sebagai pelatih pakaian wanita selama tiga bulan pada tahun 2005 di bawah bimbingan Nicolas Ghesquière. Pada tahun berikutnya, pereka ini menghabiskan empat bulan bekerja bersama John Galliano, di mana pereka yang namanya diabadikan itu kemudiannya menggantikan Blazy di Maison Margiela. Dinobatkan sebagai “pereka paling terkenal yang belum pernah anda dengar.” Sebagai pereka utama di Maison Margiela, koleksi Artisanal Fall/Winter 2014 mendapat kejayaan besar, terutama apabila Kanye West memakai topeng berhiaskan diamante untuk jelajah jenama Yeezus.

Maison Margiela Artisanal Fall/Winter 2013; Maison Margiela Artisanal Fall/Winter 2014
3. Bekerja bersama jejak Pheobe Philo dan Raf Simmons
Beliau bertemu dengan rakan sekerjanya di Bottega Veneta, Daniel Lee. Pada 2016, Blazy kembali bekerja dengan Raf Simons di Calvin Klein sebagai VP reka bentuk untuk pakaian wanita dan lelaki sehingga 2019. Blazy berpindah ke Céline di bawah Phoebe Philo, yang menjemputnya sendiri. Pada Jun 2020, Blazy dilantik sebagai pengarah reka bentuk Bottega Veneta, setelah bekerja sebagai tangan kanan Lee selama setahun setengah. Seperti Alessandro Michele di Gucci dan Virginie Viard di Chanel, Blazy adalah sebahagian daripada pereka yang dipilih untuk memimpin jenama mereka ke era baru.

Calvin Klein Spring/Summer 2018

Bottega Veneta SS 2024
Artikel Berkaitan: Keajaiban 45 Tahun: Elie Saab Persembahkan Karya Agung di Arab Saudi
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
