fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Seleksi Fesyen Berani Menarik Perhatian Ramai Untuk SAG Awards 2018
Jennie Kim Menampilkan Gaya Ikonik di Coachella 2025
5 Gaya Santai Terbaik Selebriti
Kristen Stewart Mencari Semangat Gabrielle Chanel Di Sebuah Gudang Terbiar
Voyou Givenchy Musim Luruh-Sejuk 2024 Serlah Gaya ‘Bad Boy’ & Feminin

Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

JENNIE FOR CALVIN KLEIN

Jennie for Calvin Klein, koleksi kapsul edisi terhad yang direka bersama artis, duta jenama dan ikon global, Jennie Kim. Mengambil inspirasi dari gaya peribadi JENNIE sendiri, koleksi ini menawarkan set pakaian dalam, denim, kemeja T, skirt dan jaket yang seluruhnya menampilkan stail dan personalitinya. Koleksi ini membayangkan semula siluet potongan asas dengan rona pastel yang dipilih oleh JENNIE, serta sentuhan yang bersifat peribadi termasuk lakaran logo. 

Hadir dalam warna lilac, biru dan ‘desert’ serta hitam dan putih yang klasik, terbuat dalam siluet yang ringkas. Sesuai untuk gaya santai namun penuh karakter. Padanan bralette dengan seluar, ‘bodysuits’ dan top kasual direka untuk keselesaan gaya yang tentu sahaja praktikal.  Kemeja denim dan seluar jeans ‘90-an menawarkan penampilan yang cool dan ringkas, manakala top kait, dress dan bralette denim dan skirt untuk menambah sentuhan seksi dan tak terduga. Sesuai untuk digayakan kala percutian musim panas, sama ada di kota atau destinasi pantai. 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse