Related Stories
10 Selebriti Yang Melakar Sejarah Peribadi Dalam Rekod Dunia
Bukan mudah mencipta nama di peringkat global apatah lagi dalam rekod dunia yang berprestij.
Barisan bintang yang disenaraikan ini amat berbakat dalam bidang diceburi sehingga berjaya menempatkan nama dalam Guinness World Record. Ramai selebriti yang berjaya melakar rekod dunia, namun Glam kongsikan beberapa daripadanya.
Berikut sepuluh bintang ternama yang memiliki rekod dunia
The Weeknd

Abel Makkonen Tesfaye diiktiraf sebagai artis paling popular di dunia pada 2023. Menurut Guinness World Records, popularitinya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana artis lain.
Penyanyi kelahiran Kanada itu berjaya mencipta dua rekod baru. Sehingga 20 Mac dia memperoleh 111.4 juta pendengar bulanan, rekod paling tinggi di Spotify. Dia juga menjadi artis pertama mencapai 100 juta pendengar bulanan di platform sama.
Sebelum ini dia pernah menerima dua pengiktirafan pada 2016 untuk album paling banyak distrim di Spotify, juga menjadi artis solo lelaki paling lama tersenarai dalam carta Top 10 Billboard Hot 100.
Ariana Grande
:max_bytes(150000):strip_icc()/ArianaGrandeGrammys-8eff210337c84c598b71325b2f5b88e1.jpg)
Pada April 2019 Grande menewaskan Selena Gomez sebagai wanita dengan pengikut paling ramai di Instagram. Namun itu bukan satu-satunya rekod yang dipegangnya.
Grande juga mempunyai lagu paling banyak dimainkan dalam masa seminggu oleh artis wanita dalam carta Billboard untuk lagu Thank U, Next dan paling banyak dimainkan di Spotify dalam masa setahun oleh penyanyi wanita untuk lagu 7 Rings.
BTS
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(979x595:981x597)/bts-members-1-03a9c478f1794c448bcb5f74bf94812c.jpg)
Kumpulan ini memegang rekod untuk video YouTube paling banyak ditonton dalam masa 24 jam untuk lagu Boy With Luv duet bersama Halsey, dengan 74,600,000 tontonan antara 12 hingga 13 April 2019.
Pada 2020, BTS memecahkan rekod sendiri dengan video Dynamite yang menerima 101,000,000 tontonan pada 22 Ogos 2020. Mereka juga memegang rekod untuk interaksi Twitter paling banyak bagi kumpulan muzik, dan yang terpantas mencapai satu juta pengikut di TikTok.
Jennifer Lawrence
:max_bytes(150000):strip_icc()/jenniferlawerenceglazednails-1c377b61f0364aa9aed2b4e90225ef22.png)
Lawrence tersenarai dalam buku Guinness World Records pada 2016 kerana menjadi pelakon wanita aksi dengan pendapatan tertinggi. Dia meraih gelaran ini selepas kejayaan besar dalam filem bersiri Hunger Games dan X-Men.
Eminem
Pada 2013, Eminem memegang rekod untuk perkataan paling banyak dalam lagu hit Rap God iaitu 1,560 perkataan dalam enam minit empat saat. Dalam segmen satu minit empat saat, dia melontarkan 97 perkataan.
Dia juga memegang rekod album nombor satu US paling berjaya oleh artis solo dengan enam album.
Beyonce

Beyoncé memegang rekod untuk Anugerah Grammy paling banyak dimenangi artis wanita dalam masa setahun. Juga pencalonan MTV Video Music Award paling banyak untuk video. Dia juga memegang rekod 88 pencalonan Grammy, kebanyakannya untuk artis wanita dan memenangi 32 daripadanya.
Justin Bieber

Bieber pernah memegang rekod saluran muzik paling banyak ditonton di YouTube, saluran muzik pertama yang mendapat tiga bilion tontonan (JustinBieberVEVO), dan artis solo termuda yang mendapat lima album nombor satu US.
Dia menjadi yang pertama memegang tiga kedudukan teratas dalam carta single UK secara serentak dengan lagu Love Yourself (No.1), Sorry (No.2), dan What Do You Mean? (No.3) pada 14 Januari 2016. Penyanyi sehebat The Beatles dan Elvis Presley sendiri tidak berjaya memegang rekod tersebut.
Bieber juga pernah memegang rekod dunia untuk video atas talian paling banyak dislike buat lagunya, Baby.
Pharrell Williams

Sepanjang 24 jam, lagu Happy memecah rekod untuk video muzik paling panjang. Lagu tersebut diputar secara berulang sebanyak 300 kali sambil barisan penari dan selebriti membuat persembahan dan lip-sync.
Betty White
:max_bytes(150000):strip_icc()/betty-white-secret-to-long-life-FT-BLOG1221-c0c00d43ea0f42c8b7dd6b88e6e502e8.jpg)
Rekod untuk penghibur wanita dengan perjalanan kerjaya paling lama dipegang oleh Betty White. Memulakan kerjaya pada 1939, dia telah berlakon selama lebih 80 tahun antaranya dalam rancangan The Golden Girls, The Proposal dan Hot In Cleveland. White meninggal dunia pada 31 Disember 2021 ketika berusia 99 tahun.
Cristiano Ronaldo
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(749x0:751x2)/cristiano-ronaldo-1-a05ba681bb23409893a3c56fd9e90af1.jpg)
Bintang bola sepak ini memegang rekod dunia sebagai individu dengan pengikut paling ramai di Instagram (609 juta). Satu-satunya akaun yang mempunyai lebih ramai pengikut adalah Instagram sendiri (663 juta). Sebelum Ronaldo, Selena Gomez memegang takhta ini selama beberapa tahun.
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
