15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan
Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Putera Mahkota Al Hussein disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Rajwa Al Saif.
Majlis keraian untuk perkahwinan Diraja terbesar 2023 telah pun bermula menjelang detik pernikahan Putera Mahkota Jordan dan warga Arab Saudi pada 1 Jun. Acara pra perkahwinan dimulakan dengan majlis berinai yang dianjurkan oleh Permaisuri Rania buat bakal menantunya, Rajwa Al Saif di Madareb Bani Hashem.
“Saya amat gembira kerana anda semua hadir untuk meraikannya bersama kami. Hari ini adalah hari istimewa untuk kami dan seluruh keluarga (rakyat) Jordan: Kegembiraan kami adalah satu dan sama... Dekat atau jauh, anda semua berada di dalam hati kami hari ini,” kata Permaisuri Rania.
Permaisuri Jordan itu menambah, “Saya tidak akan lupa betapa gembiranya saya dan Baginda apabila Al Hussein memaklumkan dia ingin berkahwin dengan Rajwa. Dia adalah jawapan sempurna untuk semua doa saya buat Al Hussein. Semoga kamu berdua sentiasa menjadi sumber kebahagiaan dan sistem sokongan buat sama lain.”
Lihat koleksi foto terbaik daripada majlis berinai Rajwa Al Saif yang berlangsung beberapa hari lalu.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Apr 27, 2026
5 Lokasi High-End Spa Buat Ibu
Apr 27, 2026
“Cap Tudung Instant” Penyelamat Bad Hijab Day
Apr 27, 2026
Fenty Skin Perkenal Body Collection
Apr 27, 2026
Hijab Ikon: Sofia Arissa Jadi Suara Wanita Moden
Apr 24, 2026
Teknologi Microemulsion Beri Kulit Lembab
Apr 24, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026

