Alena Murang Cipta Sejarah, Menang 2 Anugerah Di United Kingdom
Penyanyi dan pemuzik sape berbakat, Alena Murang telah memenangi dua anugerah untuk muzik video ‘Warrior Spirit’ di International Music Video Awards di United Kingdom.
Alena Murang terus mengharumkan nama negara di persada muzik antarabangsa. Penyanyi pop etnik dan pemuzik sape berbakat itu telah mencipta sejarah dengan memenangi dua anugerah untuk muzik video ‘Warrior Spirit’ di International Music Video Awards yang berlangsung di Britain, United Kingdom. Lebih istimewa, video muzik ‘Warrior Spirit’ ini diarahkan oleh sepupunya sendiri, Sarah Lois Dorai.

Penyanyi dan pemain alat muzik sape tradisi Dayak dari Bumi Kenyalang itu telah menerima dua anuegarah iaitu Video Muzik Asia Dan Pasifik Terbaik serta Anugerah Khas Untuk Kostum Terbaik. Muzik video dirakamkan dalam memberikan penghormatan kepada semangat keluarga nenek moyang Alena dan menceritakan tentang pahlawan yang sedang melihat kabus ketika bertarung pada awal pagi. ‘Warrior Spirit’ turut terpilih untuk New York International Film Awards dan Los Angeles Film Awards 2021.

Alena Murang yang dilahirkan di Sarawak telah menerbitkan album terbaharunya yang berjudul ‘Sky Songs’ pada awal tahun ini. Album ini menampilkan lapan buah lagu dalam Bahasa Inggeris, Kelabit, Kenyah serta dua lagu instrumental. ‘Sky Songs’ juga mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan juga Dayak Cultural Foundation.

Pemuzik kebudayaan negeri Sarawak ini giat untuk mengembalikan serta memartabatkan muzik etnik ke pentas antarabangsa. Dia turut merakamkan beberapa lagu dalam bahasa yang sudah jarang digunakan lagi di Sawarak seperti Kenyah dan Kelabit. Dia aktif mempromosi muzik dan budaya Borneo yang kian pupus di festival muzik dan filem di seluruh dunia.

Video muzik ‘Warrior Spirit’ boleh disaksikan di sini.
Foto: GLAM Jan/Feb 2021 & Instagram
Baca lebih lanjut: Buku Fashion Eye Meraikan Kembara Louis Vuitton
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
