Related Stories
Judika Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia
Tahun 2023 menyaksikan ramai penyanyi dari Indonesia datang menjayakan konsert di Malaysia termasuk Cakra Khan dan Rossa. Judika juga tidak terkecuali.
Penyanyi itu bakal menghiburkan peminat menerusi konsert Rockmantic Night Judika And The Gang di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 Oktober 2023. Dia bakal mempersembahkan lebih 15 buah lagu pada malam konsert berdurasi dua jam itu. Lebih menarik, persembahannya diiringi orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Konsert ini dibawakan khas oleh jenama kosmetik, Alha Alfa dengan kerjasama Kharisma Music International dan Pengurusan Dua Anak Deo (DAD). Pemilik nama Judika Nalom Abadi Sihotang itu berkata dia memutuskan untuk mengadakan konsert di Malaysia disebabkan permintaan tinggi. “Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat bertanya di media sosial sama ada saya akan datang lagi untuk menceriakan mereka semua.”
Judika Bakal Ditemani Tiga Penghibur Berbakat Besar
Konsert Judika kali ini tentunya lebih istimewa kerana akan turut menampilkan tiga penyanyi terkenal iaitu Shila Amzah, Marsha Milan dan Haqiem Rusli. Masing-masing akan menyanyikan tiga buah lagu pada malam konsert.

Tidak sampai tempoh 24 jam dibuka untuk jualan, tiket konsertnya yang berharga dari RM188 hingga RM799 hampir terjual sepenuhnya. Menurut pemerhatian di laman sesawang ticket2u, hanya tiket VIP Rockzone (Standing), Rockzone (Standing), Block 301 dan Block 303 masih dibuka untuk jualan. Melihat sambutan luar biasa, Judika meluahkan rasa bersyukur dan merakamkan penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seni.
“Saya amat bersyukur serta berharap konsert itu berjalan lancar dan peminat dapat menikmati hasil kerja terbaik saya. Semoga menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.”
Judika menambah, “Saya mahu semua yang hadir nanti bukan sahaja melihat dan mendengar, malah merasa dan tidak lupa. Datang dengan jiwa rocker yang berani dan bersemangat tetapi jangan lupa miliki hati penuh cinta kerana cinta membuat kita teruja. Semoga konsert ini akan menjadi salah satu pengalaman yang tidak akan anda lupakan. It’s a night to remember.”
Baca: Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
