Related Stories
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > An Affair with Timekeepers
Aksesori dan jam tangan memainkan peranan penting dalam melengkapkan persalinan, bahkan dijunjung bak peneman setia bagi kedua personaliti ini. GLAM membawakan an Affair with Timekeepers yang dibintangi Nazreem Musa & Sarah Shahdan. Lantas, membicarakan soal masa.
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM penata gaya MUZAMMIN MUZLAN arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan SAHIR SABRI dandanan MIEDY DANIEL

Jaket & celana cetak, Moschino. Kedua-dua jam tangan Tank Must Watch bertali kulit konstruksi keluli berkuasa kuarza. Gelang dan cincin emas putih Juste un Clou. Cincin Panthère de Cartier emas kuning. Kesemuanya ilham Cartier.
NAZREEM MUSA, 33, PENGARAH URUSAN POINTRAY (M) SDN BHD & DIGITAL CREATOR
Bagaimana anda menghuraikan masa? Masaadalah satu-satunya perkara yang terus beranjak ke hadapan tanpa henti. Tambah lagi, ianya berlalu dengan cepat seiring usia anda juga! Maka, jangan berlengah-lengah. So procrastinating is never a good idea. Memori terindah mengenai masa? Saat menyambut kelahiran anak saudara saya. Saya rasa seperti masa berlalu begitu cepat melihatkan mereka kini makin meningkat usia. It’s almost a reality check. Jika diberi peluang mengundur masa, apakah nasihat yang bakal diberikan waktu usia muda dahulu? To stop procrastinating. Juga berharap saya dapat melangsaikan atau melakukan lebih banyak perkara lagi kala usia di awal 20-an. Walau bagaimanapun, saya masih tidak akan mengeluh kerana saya beruntung kerana berpunya waktu yang menggembirakan saat membesar. Perasan kala memiliki jam tangan mekanikal pertama anda? Jam tangan mekanikal pertama saya adalah pemberian ibu tatkala usia beranjak memasuki 16 tahun. Ianya adalah seutas jam tangan TAG Heuer yang bersusuk gaya ringkas, dilengkapi sama komplikasi kronograf. Sebenarnya kebanyakan jam tangan dalam koleksi saya adalah pemberian dari orang tersayang. Saya hanya membeli jam tangan buat pertama kali sewaktu berliburan di Eropah dua tahun yang lalu. I was never really a watch kind of person kerana saya lebih suka mengumpul kasut dan beg tangan. Walau bagaimanapun, kasih terhadap instrumen masa ini kian bercambah setelah menekuni lebih mendalam mengenai lapangan horologi. Bucket list? A customised Audemars Piguet by MAD Paris and Casablanca. Gabungan pallet ronanya mendakap karakter serta gaya saya. Tambah lagi, sebagai pendamping ianya pasti dapat menyenangkan hari-hari saat melangkah keluar dari pandemik ini. Jam tangan yang baru ditambah dalam koleksi? It was the one that I bought for the first time in Europe, a Patek Philippe. Huraikan seutas jam tangan serta aksesori yang ideal? Pilihan gaya saya bervariasi dari masa ke semasa. Sukar untuk saya pilih yang spesifik untuk digayakan di dalam setiap kesempatan. Yang pasti, konsep yang saya pegang adalah dengan memakai jam konstruksi keluli dan seramik pada siang hari. Kemudian, bertukar mengenakan jam bertali kulit bila berlabuhnya mentari. Komplikasi mana yang mana menjadi pilihan? The grander the better. Jam tangan berfungsi Perpetual Calendar adalah vital kerana ia versatil. Komplikasi Tourbillon pula menjunjung ketukangan seni horologi tertinggi. It’s a work of art, sangat menarik untuk berlabuh mata menghargai setiap komponennya.
Jaket denim, Dior. Coker Monete emas merah 18k berhias syiling antik dan berlian dari himpunan High-Jewellery Bvlgari. Anting-anting berlian Serpenti Viper kreasi Bvlgari. Cincin berlian milik Sarah.
See Also
SARAH SHAHDAN, 43, PENGASAS MARCELLA & CO
Bagaimana anda menguraikan masa? Masa sangat berharga. Ia merangkumi satu proses. Masa yang lepas takkan kembali, maka luangkan masa yang ada dengan sebaiknya. Invest your time in the present for the future, kerana ia satu-satunya perkara yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Definisi percutian? Holidays are about disconnecting from the world and reconnecting with the people I love the most. Setiap kali berpunya kesempatan untuk berwisata, saya bakal meluangkan ruang masa dengan merencanakan aktiviti bersama keluarga; terutamanya bersama anak perempuan saya. Memori terindah mengenai masa? Melihat anak perempuan saya membesar yang kini sudah memasuki usia remajanya. Memang benar apa yang orang katakan mengenai parenthood — the nights are long, but the years are short. Di satu sudut, saya sangat bangga melihat dia membesar menjadi wanita, manis sekali penceritaannya. Namun, di sisi lainnya, seiring masa berlalu; dia bakal berdikari lalu tidak memerlukan ibunya seperti waktu lalu. Itulah kenangan pahit manisnya bergelar ibu. Buat masa ini, saya senang hati menikmati ruang masa bersamanya sambil menantikan pencapaian yang bakal dirangkulnya kelak pada tahun-tahun yang mendatang. Jika diberi peluang mengundur masa, apakah nasihat yang bakal diberikan waktu usia muda dahulu? Live life one day at a time. Don’t sweat the small stuff because things will always fall into place. Huraikan seutas jam tangan serta aksesori yang ideal? Rolex Daytona untuk pemakaian harian kerana gayanya yang bernada sporty. I love stacking pieces of jewellery instead of wearing anything too chunky. Begitulah cara saya mengolah gaya dan bermain bersama aksesori, by stacking and layering them. Baik cincin, gelang serta rantai leher. Bucket list? Skydiving, ziplining di Dubai, cage dive bersama jerung Great White di Afrika Selatan serta menikmati indahnya pemandangan langit Aurora Borealis. Jam tangan yang baru ditambah dalam koleksi? Sudah tentunya, arloji Nautilus 5980/1R kreasi Patek Philippe yang memerlukan saya pergi ke Switzerland untuk melangkau senarai menunggu! Haha. Terdapat juga jam digital Garmin yang saya pakai bagi mengesan aktiviti harian serta mengikuti perkembangan kecergasan. Seperti waktu berlari, sesi muay thai dan latihan kecergasan lainnya. Apa yang paling anda bimbangkan anda? Sudah tentu apa jua yang terkait dengan masa hadapan! As much as people say that you should let tomorrow worry about itself, let’s be real. Memikirkan serta merancang perencaan masa depan itu juga penting.
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Tyra Kamaruzzaman
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
