Bakal Timang Cahaya Mata, Remy Ishak Berkongsi Kebimbangan Menjadi Bapa
Hampir setahun berumah tangga, kehidupan Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof bakal diserikan dengan kehadiran anak sulung tidak lama lagi.
Hadir ke majlis tayangan program raya Astro 2023 baru-baru ini, Remy meluahkan keseronokannya untuk bergelar bapa. Namun dalam masa sama, perasaan pelakon itu bercampur-baur kerana khuatir dengan persediaan dan didikan yang bakal diberikan kepada anaknya kelak.
“Saya berdebar nak bergelar bapa. Perasaan saya ketika ini bercampur-baur, wujud persoalan, ‘Boleh ke?’ Gembira, teruja dan wujud pelbagai persoalan sama ada kami mampu untuk menjadi ibu bapa terbaik. Bukan tidak yakin dengan diri sendiri tetapi lebih kepada bimbang untuk membesarkan anak pada zaman yang penuh cabaran seperti hari ini,” katanya kepada Kosmo.

Foto: Instagram
Akuinya, peredaran teknologi yang semakin pesat membuatkan dia bimbang jika gagal mendidik anak-anak dengan baik. “Zaman sekarang sudah berbeza dan pastinya, tahun akan berganti tahun. Itu antara yang merisaukan saya. Bagaimana mendidik seorang anak dalam dunia modenisasi ini,” menurut laporan Utusan.
Demi mempersiapkan diri, dia dan isteri mengambil inisiatif dengan memerhati dan meminta nasihat daripada orang sekeliling yang berpengalaman. “Memang mencabar sebab takut tersilap didik tapi doakan yang baik-baik untuk saya dan isteri.”
Remy Ishak Teruja Berkongsi Perkembangan Isteri
Bagaimanapun kebimbangan itu tidak mampu menyembunyikan keterujaan yang terpancar di wajah Remy Ishak. Dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami alahan kehamilan. Malah kandungan yang kini berusia enam bulan juga berada dalam keadaan sihat. “Alhamdulillah isteri saya dalam keadaan baik. Dia tidak mengalami alahan atau mengidam teruk. Cuma kadangkala agak sensitif.”
Bercakap mengenai jantina, aktor berusia 41 tahun itu mengakui tidak memilih dan menerima rezeki yang dianugerahkan kepadanya dengan penuh rasa kesyukuran. Buat masa sekarang dia dan isteri masih belum mengetahui jantina bakal cahaya mata mereka. Bagaimanapun Remy Ishak mendedahkan dia telah pun memilih nama unik buat anak yang bakal dilahirkan, malah sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof lagi.

Foto: Twitter
“Tentang nama anak, sebelum kahwin lagi saya sudah pilih. Kalau anak perempuan nama apa, begitu juga dengan anak lelaki. Saya mahu nama anak ada bunyi kemelayuan. Saya ada berbincang mengenai nama-nama pilihan dengan isteri. Dia jenis terbuka, jadi tiada masalah.”
Remy Ishak mengesahkan berita kehamilan isterinya sebulan lalu selepas tularnya sebuah video yang mempamerkan baby bump Ezza Yusof yang jelas kelihatan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin hubungan cinta.
Baca: “She’s The One” – Hero Malaya, Remy Ishak Dedah Keperibadian Ezza Yusof
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
