Related Stories
Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur
Bersempena Hari Kemedekaan serta sambutan Hari Malaysia, The St. Regis Kuala Lumpur mengembalikan citarasa warisan perkahwinan Melayu dengan siri ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’.
Dari Perlis sehingga ke negeri Sabah, Malaysia dianugerahi dengan kepelbagaian bahan-bahan, cita rasa dan juga legasi gastronomi. Bersempena Hari Kemedekaan serta sambutan Hari Malaysia, The St. Regis Kuala Lumpur akan mengembalikan citarasa warisan perkahwinan Melayu melalui siri ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’. Menu istimewa ini boleh dinikmati pada 2, 10 dan 16 September di The Brasserie atau pada 1 hingga 15 September secara pesanan atas talian di rumah.
Merentasi kesemua 14 negeri di seluruh negara, ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’ adalah menu 6-sajian yang diinspirasikan daripada adat perayaan tradisional yang dilalui oleh pasangan Melayu untuk memulakan langkah dalam menyatukan dua keluarga dalam ikatan perkahwinan nan suci. Menu ini juga merupakan kesinambungan kepada menu makan malam ‘Malam Warisan Melayu’ yang popular di The St. Regis Kuala Lumpur.
Menu penuh warisan ini dipersembahkan oleh Cef Norazizi Bin Taslim, Cef Mohd. Ridzwan bin Mohamed Rasit, Cef Azizul Bistaman dan juga Chef Saiful Anuar bin Mohd Mimyamit yang memberikan citarasa baharu pada resipi klasik warisan Malaysia. Setiap hidangan yang disediakan bukan sahaja ikonik, ia turut menjadi simbol buat perjalanan perkahwinan setiap pasangan Melayu ke jenjang pelamin nan abadi.
‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’
Merisik
TERENGGANU – Keropok Lekor
MELAKA – Hati Itik Bunga Ros
Meminang
PERAK – Bidor Duck Cara Berlauk
SABAH – Lempeng Udang Kara
KEDAH – Tenggiri Asam Gelugor
NEGERI SEMBILAN – Sabak Salai Smoked Beef
Bertunang
KELANTAN – Kerabu Sotong
Malam Berinai
PULAU PINANG – Spiced Lamb Soup
Akad Nikah
WILAYAH PERSEKUTUAN
– Ayam Panggang Madu Tualang
– Jeruk Lobak Putih
– Pulut Kuning, Serunding Ayam
– Saffron-boiled Potatoes with Sambal Bilis
– Lamb Kofta
– Ulam-Ualaman & Sambal
JOHOR – Biryani Gam Rice
Bersanding
JOHOR – Wajik
Bunga Telur
PERLIS – Sugar Cane Caramel Truffle
SARAWAK – Batik Cake
SELANGOR – Mango Praline
PAHANG – Cameron Highlands Strawberry Fruit Pate
Sajian ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’ boleh dinikmati pada 2, 10 dan 16 September 2021 di The The Brasserie, The St. Regis Kuala Lumpur. Atau juga secara pesanan atas talian bermula 1 sehingga 15 September (kecuali 2 dan 10 September) untuk dinikmati terus dari rumah. Kedua-dua pilihan ini berharga RM388.00+ setiap orang. Emel kepada dining.kualalumpur@stregis.com atau telefon +6013 2727 6666 untuk lebih maklumat.
Foto: The St. Regis Kuala Lumpur
Baca lebih lanjut: Dari ‘We’re Here’ kepada ‘Medical Top Team’: 6 Rancangan Baharu Perlu Tonton Sepanjang September 2021
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
