Related Stories
Tahun 2024 membuka lembaran baru dalam kehidupan cinta Joe Jonas.
Selepas membuat persembahan tahun baru bersama Jonas Brothers di Cabo Hotel di Mexico, Joe dirakam menaiki jet peribadi di Los Cabos Airport bersama Stormi Bree, wanita yang digosipkan sebagai kekasih barunya.
Penyanyi dan pelakon itu menyarung baju panas hitam bersama topi besbol merah dan sepasang cermin mata. Stormi atau nama sebenarnya Stormi Henley juga tampil santai. Dia menggayakan baju lengan panjang hitam bersama bersama beg galas rona kuning air.

Foto: Backgrid
Pasangan itu kemudiannya dirakam menikmati hidangan di Casa Tua, sebuah restoran Itali di Aspen, Colorado. Tidak lama kemudian, keduanya dilihat meluangkan masa bersama dengan bermain ski.
Stormi merupakan seorang model dan bekas ratu cantik Miss Teen USA. Dia juga sudah bergelar ibu dan memiliki seorang anak perempuan, Gravity Blue Smith yang kini berusia enam tahun.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(896x373:898x375)/Joe-Jonas-Stormi-Bree-010624-02-ca11be4ff2864cecaf92f587bbcb5303.jpg)
Foto: Backgrid
Masa Depan Keluarga Joe Jonas & Sophie Turner
Ini merupakan kali pertama Joe Jonas dikaitkan dengan wanita lain selepas mengumumkan perpisahannya dengan aktres Sophie Turner. Empat tahun berumah tangga, Joe menfailkan perceraian pada September 2023.
Pasangan itu bergelut mencapai perjanjian berkaitan hak jagaan dua anak perempuan mereka, Willa, 3 dan Delphine, 18 bulan. Joe mahu anak-anaknya membesar di Amerika Syarikat manakala Sophie nekad membawa mereka pulang ke United Kingdom.
Bagaimanapun pada bulan Oktober, kata sepakat berjaya dicapai. Willa serta Delphine akan menghabiskan masa sama banyak di AS dan UK. Mereka diletakkan di bawah jagaan Sophie pada cuti perayaan Krismas dan Tahun Baru.

Foto: The Sun
Lama sebelum Joe digosipkan dengan Peregrine Pearson, Sophie telah pun menemui cinta barunya. Aktres The Game of Thrones itu dirakam berkucup mesra dengan seorang bangsawan Britain, Peregrine Pearson di Paris pada November 2023.
Walaupun memakai topi dan cermin mata hitam, aktres itu tidak berjaya menyembunyikan identitinya. Beberapa jam kemudian mereka dirakam menghadiri perlawanan Akhir Piala Dunia Ragbi antara New Zealand dan Afrika Selatan di Stade de France.
Foto: The Cut
Baca: Siapa Aristokrat Peregrine Pearson, Kekasih Baru Sophie Turner?
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
