fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Harapan Elon Musk Buat Johnny Depp & Amber Heard
Aksesori Istimewa Samsung Galaxy Z Flip3 5G Bersama Disney
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
Club Med Kiroro Peak Buat Sang Adventure Seekers
Pantau Kesihatan, Stres & Langkah Anda Dengan Samsung Galaxy Ring
Home > Gaya Hidup > Cameron Diaz Kembali Memeriahkan Industri Hollywood Selepas Lapan Tahun

Cameron Diaz Kembali Memeriahkan Industri Hollywood Selepas Lapan Tahun

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bintang Charlie’s Angels, Cameron Diaz berundur dari industri hiburan Hollywood selepas membintangi filem terakhirnya, Annie sebagai Miss Hannigan pada 2014.

Dalam satu temu bual bersama EW empat tahun kemudian, Cameron secara kasual memberitahu pelakon gandingannya dalam filem The Sweetest Thing bahawa dia sebenarnya telah bersara.

Pada 2010, bintang Charlie’s Angels itu menegaskan keputusannya berundur dari dunia lakonan kepada Gwyneth Paltrow, mengatakan dia telah bosan diperbudak-budakkan oleh industri dan menyedari dia perlu belajar berdikari. Jelasnya, tindakan itu memberi ketenangan pada jiwanya.

Namun nampaknya Cameron belum berjaya menemui kedamaian hakiki yang dicari menerusi persaraan. Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilaporkan akan kembali memeriahkan industri hiburan Hollywood selepas lapan tahun.

cameron

Foto: Netflix

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse