fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Drama Lakonan Hebat Mimi Lana
Pelancaran Wangian Louis Vuitton: City Of Stars
Khabar Angin Tersebar, Dua Lipa Hamil Anak Pertama
One&Only Desaru Coast – Destinasi Perkahwinan Moden Penuh Eksklusif
Tom Pelphrey & Kaley Cuoco Berkongsi Momen Bahagia Sambut Anak Pertama
Home > Gaya Hidup > Caprice Dikurniakan Cahaya Mata Lelaki

Caprice Dikurniakan Cahaya Mata Lelaki

Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga, Caprice dan isteri, Farra Inalis selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada Ahad lalu bersamaan 6 Ramadan.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram. Caprice memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan dia sedang mendukung bayinya yang baru dilahirkan ke dunia.

“17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy selamat dilahirkan. Salam Malaysia,” tulisnya ringkas. Pemilik nama Ariz Ramli ini tidak berkongsi butiran lanjut. Namun di ruangan komen, Caprice mendedahkan dia dan isteri dikurniakan anak lelaki.

https://www.instagram.com/p/C4nCnmqypMG/?hl=en

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, penyanyi dan aktivis kemanusiaan ini berkata dia dan isteri masih mencari nama sesuai buat putera mereka. Malah pasangan ini turut meminta cadangan beberapa nama yang baik daripada pengikut.

Kegembiraan Caprice Dirasai Peminat & Rakan Artis

Perkongsian itu mengundang keterujaan peminat dan rakan seindustri yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa.

Fizo Omar menulis, “Congrats bro! Welcome to the club,” manakala Catriona Ross pula menambah, “I’m just so happy for you.”

Pelantun lagu Kau Hade ini sempat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa baik-baik buat keluarga kecilnya. “Terima kasih untuk segala doa dan ucapan, baru sempat baca semua. Ia sangat bermakna buat kami. Syukur Alhamdulillah.”

caprice

Foto: Instagram

Caprice berkongsi berita kehamilan isterinya kepada umum pada September tahun lalu. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tertutup pada November 2021. Farra juga memiliki seorang puteri, Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

 

Baca: Maluma Timang Cahaya Mata Sulung