Related Stories
Deretan Selebriti Yang Sedang Membuat Jelajah Konsert World Tour
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioIni Lima Selebriti Yang Kini Sedang Membuat Jelajah Konsert World Tour
1. Lady Gaga – The Mayhem Ball Tour
Dalam The Mayhem Ball Tour, setiap arena seolah bertukar menjadi pentas teater yang penuh lapisan emosi. Penyanyi ikonik ini membawa visual dramatik, kostum yang bersifat simbolik dan naratif persembahan yang terasa hampir sinematik. Ada malam yang dipenuhi kekacauan terkawal, ada pula detik senyap yang terasa intim. Jelajah konsertnya bergerak merentasi Asia, Eropah dan Amerika Utara dengan tenaga yang sentiasa konsisten, seperti setiap bandar menjadi bab baharu dalam satu kisah yang masih ditulis secara langsung di atas pentas.
2. Cardi B – Little Miss Drama Tour
Little Miss Drama Tour menandakan perjalanan jelajah konsert Cardi B merentas pentas dunia dengan skala yang semakin meluas. Setiap hentian membawa suasana yang berbeza, namun kekal berteras pada tenaga pentas yang yakin dan ekspresif. Baru-baru ini, penyanyi popular ini telah mencuri perhatian ketika hentian jelajah konsertnya di Arab Saudi, yang mana menjadi perbualan hangat di media sosial. Rakaman daripada konsert tersebut memperlihatkan bagaimana kehadiran Cardi B di pentas antarabangsa diterima dengan penuh keterujaan, sekali gus mencerminkan bagaimana world tour hari ini bergerak melangkaui jangkaan geografi dan budaya.
3. Doja Cat – Tour Ma Vie World Tour
Tour Ma Vie World Tour bergerak seperti alternatif yang dibina khas untuk setiap malam persembahan. Visual futuristik, permainan cahaya yang tajam, susunan set yang tidak terikat serta tampilan busana yang mencuri tumpuan menjadikan setiap konsert Doja Cat terasa berbeza. Dari Oceania ke Eropah, Doja Cat mencipta pengalaman yang eksperimental dan tidak boleh diramal. Pentas menjadi ruang eksplorasi, di mana pop, hip-hop dan elemen avant-garde bertemu dalam satu pengalaman yang immersive.
4. Damiano David – Funny Little Fears World Tour
View this post on InstagramA post shared by Damiano David (@damianodavid)
See Also
Lima Tip Penting Apabila Berkunjung Ke K11 MUSEA
Di Sebalik Upacara Perkahwinan Intim Lily Collins
5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood
Michelle Yeoh Bakal Dikurnia Bintang Hollywood Walk Of Fame
Meghan Markle Beri Petunjuk Nama Anak Kedua
Lagu Jaga Alam Alena Murang Bawa Mesej Pemuliharaan Sempena Hari Biodiversiti dan Hari Gawai![]()
Penyanyi utama dari kumpulan Måneskin, kini bergerak solo dan mempersembahkan konsert jelajahnya membawakan Funny Little Fears World Tour. Dalam tour ini, pentas terasa lebih dekat, lebih jujur. Persembahan bergerak dengan aura Damiano, yang mana suaranya yang mempersonakan, pergerakan spontan dan hubungan mata yang berinteraksi dengan penonton menjadi keistimewaan buat konsertnya. Setiap bandar disambut dengan suasana yang berbeza, namun nada kejujuran itu kekal konsisten. Tour ini bergerak dari Eropah ke Amerika Utara dan Asia, merupakan konsert yang meraikan album pertamanya setelah bergerak solo.
5. Seventeen – [NEW_] World Tour
Tidak dilupakan juga dengan konsert K-Pop New_ World Tour oleh Seventeen yang tampil sebagai pengalaman berskala besar dan penuh tenaga. Koreografi yang kemas, pergerakan serentak dan interaksi konsisten dengan penonton menjadi nadi setiap persembahan. Walaupun bersifat mega, tour ini tetap mengekalkan detik-detik kecil yang mencipta hubungan emosional bersama peminat, menjadikan world tour Seventeen antara pertemuan global yang amat dinanti-dinantikan oleh peminatnya. Artikel berkaitan:
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
