Related Stories
Eksplorasi Eksklusif Nan Mewah St Regis Kuala Lumpur
Ramadan adalah bulan penuh makna—satu perjalanan rohani yang diraikan dengan keindahan, kehangatan, dan kemewahan bersama insan tersayang.
Tahun ini, St. Regis Kuala Lumpur membawa pengalaman berbuka puasa ke satu tahap yang lebih eksklusif dengan gabungan warisan rasa, layanan bertaraf dunia, serta pilihan hadiah dan penginapan mewah yang sempurna untuk melengkapkan momen istimewa sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Dengan Malam Warisan Melayu Buffet, para tetamu diundang untuk menikmati khazanah rempah ratus dari 14 negeri Malaysia, manakala House of Warisan Melayu menawarkan koleksi hadiah mewah yang dirancang khas untuk meraikan kasih sayang dan tradisi. Bagi mereka yang ingin menikmati staycation bertaraf lima bintang, St. Regis Kuala Lumpur juga mempersembahkan pakej penginapan eksklusif yang menjanjikan ketenangan dalam suasana kemewahan.
Gastronomi Citarasa 14 Negeri
Bertempat di ruang eksklusif The Reading Room, Level 2, bermula pada 7 Mac bufet ini memikat dengan sajian mewah yang diinspirasikan oleh keindahan seni Perahu Kolek, menampilkan pilihan dari House of Gulai dan House of Asam Pedas. Hidangan seperti Gulai Kawah Daging yang kaya berempah, Asam Pedas Ikan Tenggiri dengan rasa yang menggoda, serta Rendang Tok yang dimasak sempurna, bakal membawa tetamu dalam satu perjalanan gastronomi penuh nostalgia dan keistimewaan.
Dengan menu yang sentiasa bertukar untuk memastikan kelainan setiap malam, pengalaman ini bukan sekadar berbuka puasa tetapi sebuah penghormatan kepada warisan Melayu dalam suasana serba elegan.
The Reading Room, Level 2, St. Regis Kuala Lumpur
6:30 PM – 10:30 PM | 7 Mac – 30 Mac 2025
Tawaran Istimewa Tempahan Awal (7 Mac – 10 Mac 2025)
MYR255 nett per dewasa | MYR118 nett per kanak-kanak
Harga Biasa (11 Mac – 30 Mac 2025)
MYR298 nett per dewasa | MYR138 nett per kanak-kanak
Untuk Tempahan: Malam Warisan Melayu Buffet
Cenderahati Eksklusif: House of Warisan Melayu
Tidak hanya bisa menikmati juadah Istimewa, St. Regis KL turut menggandakan lagi keindahan Ramadan dengan pilihan hadiah mewah dari House of Warisan Melayu—koleksi yang dipilih khas untuk meraikan Ramadan dengan keanggunan dan kehalusan seni pemberian. Dari manisan buatan tangan, set hadiah peribadi eksklusif, hingga cenderahati istimewa, setiap pilihan direka untuk mencipta kenangan abadi bersama orang tersayang. Harga manisan dan cenderahati bermula dari RM73.58 sehingga RM479.24 | Pra Tempahan : House of Warisan Melayu

Pakej Penginapan Istimewa
Sempurnakan bulan Ramadan dengan pakej penginapan eksklusif, membolehkan anda menikmati hospitaliti bertaraf dunia dalam suasana penuh ketenangan. Sambut Ramadan dengan penuh keanggunan, warisan dan kemewahan di St. Regis Kuala Lumpur—di mana setiap momen diraikan dengan gaya, kelembutan, dan layanan eksklusif yang tiada bandingan. Untuk tempahan, sila hubungi: Break Fast At The Best Address

Artikel Berkaitan: Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
