Usaha mengangkat produk tempatan semestinya dekat dihati rakyat Malaysia. Dan dalam usaha mengetengahkan jenama lokal ke peringkat global, satu usaha sama di antara Malaysia Airports and Malaysia Development Center (DDEC) sekali lagi bergabung melancarkan HIMPUN – yakni peruncitan yang menampilkan khazanah fesyen, produk kecantikan, kraf tradisional dan makanan tempatan t di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Berlabuh megah di pintu masuk utama KLIA, HIMPUN menampilkan perspektif budaya yang unik melalui pelbagai aktiviti, persembahan dan barisan produk tempatan. Para tetamu tempatan dan antarbangsa boleh menikmati nama-nama jenama tempatan seperti The Chocolate Concierge, butik coklat artisanal yang mengkhususkan diri dalam produk koko asli Fugeelah, jenama perhiasan; Frankitas, pembuat aksesori yang mengilhamkan warisan; Saarat, jenama fesyen dan tekstil yang sarat dengan unsur-unsur tradisional serta SO.LEK, sebuah syarikat kosmetik dan kecantikan tempatan. Sebagai menggandakan lagi keseronokan membeli-belah, HIMPUN turut mempamerkan persembahan dan mengadakan aktiviti yang dikhaskan kepada tetamu dari semua peringkat di sepanjang tempoh kempen. Ini termasuk membuat Tanjak, sebuah hiasan Melayu tradisional untuk lelaki, tenunan Songket, dan paparan fesyen tersohor tanah air seperti FiziWoo, Calvin Thoo, Zubaidah Sual, dan Yayasan Tunku Nur Zahirah.

Tanoti
Kempen yang berlangsung selama sebulan, bermula pada 18 September hingga 13 Oktober 2019 ini menjadi perintis kepada pembukaan butik berkonsepkan Malaysia Airports of Sense of Malaysia (SOM) yang dijadualkan dibuka di semua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia pada tahun 2020 – KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang (PEN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH).

Persembahan Tarian daripada SK Pelabuhan Utara Klang
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
