Ini 5 Aktiviti Istimewa Sempena Hari Ibu 2026
Ibu bukan hanya harapkan hadiah semata-mata, masa berkualiti yang diluangkan bersama sering menjadi kenangan paling bermakna. Pada Hari Ibu 2026, terokai aktiviti-aktiviti istimewa yang boleh dilakukan bersama ibu anda untuk dijadikan memori terindah.
Hari Ibu sering diraikan dengan pemberian bunga, hadiah atau kejutan istimewa. Namun, dalam kesibukan rutin harian, momen untuk benar-benar berhenti seketika dan menikmati masa bersama ibu sering kali terlepas pandang. Sempena Hari Ibu 2026, inilah peluang terbaik anda untuk merancang sesuatu yang bukan sahaja bermakna, malah boleh dikenang kembali sebagai memori indah bersama. Dari menikmati secangkir teh di hotel eksklusif hingga menonton opera, GLAM himpunkan 5 aktiviti bermakna untuk dinikmati bersama yang tersayang sempena Hari Ibu 2026.
Raikan Hari Ibu Bersama 5 Aktiviti Istimewa ini!
1. Nikmati afternoon tea di The Ritz Carlton, Kuala Lumpur

Sempena Hari Ibu ini, The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur menawarkan sesi afternoon tea bertemakan Hari Ibu, dalam suasana yang elegan serta diiringi alunan muzik yang menenangkan. Acara ini akan berlangsung di The Lobby Lounge, Aras 1, pada 9 hingga 10 Mei 2026, dari jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Detik istimewa ini turut dilengkapi dengan pilihan hidangan klasik minum petang yang penuh memikat, daripada scone yang baru dibakar, sandwich halus yang disusun rapi, quiche yang enak, sehinggalah ke pelbagai pilihan kek yang lazat dan menyelerakan. Bermula daripada RM180++ bagi dua orang untuk menikmati sesi di premis, manakala RM228++ setiap set untuk dua orang bagi penghantaran atau ambil sendiri.
2. Alami pengalaman eksklusif di The Majestic Hotel

The Majestic Hotel turut menghadirkan 4 pengalaman eksklusif dan istimewa buat menyambut Hari Ibu. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dengan teliti ini, mereka ingin memberi penghormatan kepada wanita luar biasa yang sentiasa menjadi sumber kasih dan kekuatan. Berlangsung dari 9 hingga 10 Mei 2026, aktiviti ini seharusnya tidak dilepaskan. Mereka menghidupkan semula momen penuh makna ini melalui sesi afternoon tea yang intim di Orchid Conservatory, diikuti pengalaman open kitchen dining di Contango serta set 4 hidangan “Love & Joy” di Colonial Café. Namun, pengalaman di The Majestic Hotel menawarkan kelainan tersendiri menerusi bengkel menulis yang meraikan kuasa penceritaan.
3. Terokai keindahan dasar laut Pulau Tenggol di Tanjong Jara Resort

Bermula dari bulan Mac hingga pertengahan Oktober 2026, anda boleh membawa insan tersayang terutamanya ibu menerokai keindahan semula jadi Pulau Tenggol serta menyertai usaha melindungi penyu di Tanjong Jara Resort. Anda berpeluang menikmati pengalaman menyelam bertaraf dunia di tengah taman karang, bangkai kapal dan kehadiran penyu. Turtle Hatchery yang telah diperbaharui turut menampilkan pemandangan penyu bersarang, di samping Program Junior Conservationist dan inisiatif Adoption Sarang. Percutian mewah yang sarat dengan makna itu menggabungkan pengalaman eksklusif dan usaha pemuliharaan marin dalam setiap penginapan.
4. Rasai percutian golf santai di Niseko Village

Niseko Village memperkenalkan edisi sulung Tanuki Golf Invitational iaitu sebuah percutian golf santai selama 5 hari 4 malam yang berlatarbelakangkan landskap musim hijau Hokkaido yang memukau. Diilhamkan daripada makhluk tanuki yang nakal dalam cerita rakyat Jepun, acara ini menyatukan persaingan mesra dengan layanan hangat, pengalaman gastronomi yang dirangka teliti, serta momen keakraban yang santai. Bermula dari 27 hingga 31 Ogos 2026, percutian ini merangkumi penginapan di Moxy Niseko Village yang serba baharu dan 3 pusingan di 2 padang golf eksklusif. Jika wanita dalam hidup anda menggemari sukan golf, ini adalah aktiviti yang tepat untuk diraikan sempena Hari Ibu 2026.
5. Hayati simfoni opera di Pangkor Laut Resort

Opera in Paradise kembali ke Pangkor Laut Resort untuk edisi keempatnya yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober 2026. Dengan panorama hutan hujan purba dan laut nyaman, acara ini menjanjikan pengalaman simfoni penuh magis menerusi persembahan vokal bertaraf dunia. Barisan artis terkemuka seperti Laura Wright, Clarissa Spata dan Gaetano Bonfante turut kembali, bersama penyertaan bariton British Sam Young, untuk sebuah percutian eksklusif yang menggabungkan keindahan muzik dengan pesona semula jadi destinasi ikonik Malaysia. Momen ini membawa kelainan dalam meraikan insan tersayang, sekali gus mencipta kenangan yang bermakna dan sukar dilupakan. Pakej eksklusif ini, bermula daripada RM6,750++ untuk 2 orang, merangkumi koktel sambutan, makan malam gala, hidangan harian di restoran terpilih serta perkhidmatan pemindahan bot laju dari Marina Island Pangkor.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
