Related Stories
Kenali Model & Aktor Tampan Berdarah Kacukan, Charles Melton
Nama Charles Melton disebut-sebut sebagai bakal penerima Oscar untuk persembahan luar biasanya dalam filem terbaru, May December.
Filem ini mengisahkan tentang seorang pelakon (Natalie Portman) dan sepasang kekasih di tengah-tengah skandal pemerkosaan kanak-kanak 20 tahun sebelumnya.
Charles Melton menggalas watak Joe Yoo yang baru berusia 13 tahun ketika dia mula menjalin hubungan dengan Gracie Atherton-Yoo (Julianne Moore), 36 tahun. Kini sebagai orang dewasa, Joe dan Gracie hanya mahu meneruskan kehidupan dan membesarkan tiga anak mereka.
Bagaimanapun ini bukanlah watak teraju utama pertamanya. Aktor berusia 32 tahun itu meraih populariti selepas membintangi drama remaja Riverdale dan debut filem pada 2019 menerusi The Sun Is Also a Star.
Glam kongsikan beberapa lagi fakta menarik tentang Charles Melton
1. Berdarah Kacukan Korea Selatan dan Amerika Syarikat
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(982x540:984x542)/charles-melton-parents-1-4a5ec4bc1711408bb4395dab3ca2fb2d.jpg)
Foto: Getty Images
Ibu Charles Melton, Sukyong merupakan warga Korea. Dia berhijrah ke Amerika pada tahun 1990 selepas berkahwin dengan Phil Melton, tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Korea.
Katanya kepada Good Morning America, setahun selepas orang tuanya berpindah ke Amerika, bapanya ditugaskan untuk berkhidmat dalam Perang Teluk pada 1991. Ketika itu ibunya sedang mengandungkannya. Charles Melton merupakan anak sulung dan mempunyai dua adik perempuan, Tammie dan Patricia.
2. Sering Berpindah-randah Sejak Kecil
Dek pekerjaan bapanya sebagai tentera, mereka sekeluarga sering berpindah ke merata tempat. Dari Juneau, Alaska (tempat kelahirannya), mereka berhijrah ke Korea, Jerman, Texas dan seterusnya Kansas, di mana dia menyambung pelajaran di peringkat kolej.
3. Pernah Bekerja Sebagai Dog Walker
Dalam beberapa wawancara, pelakon ini mendedahkan dia pernah bekerja sebagai penjaga anjing untuk mendapatkan wang selepas berhijrah ke Los Angeles. Ketika itu dia masih mencari peluang untuk mencipta nama di Hollywood.
Katanya kepada Los Angeles Times, dia mendapat penilaian tertinggi di aplikasi Wag dan telah menjaga lebih 300 anjing dalam masa dua bulan. Pada 2020, Charles Melton memberitahu GQ bahawa dia masih mendapat permintaan daripada pelanggan untuk menjaga haiwan kesayangan mereka.
4. Kaki Bola Sewaktu Di Kolej
Foto: Andrew Chin
Sewaktu bergelar pelajar, dia bermain bola sepak untuk Kansas State University. Katanya dalam rancangan The Late Late Show with James Corden, dia terkenal dengan panggilan ‘The Kamikaze’ kerana kemahirannya menggelecek bola.
Sepanjang bermain, dia pernah mengalami pelbagai kecederaan termasuk gegaran otak dan patah tangan. Bakatnya di padang ditonjolkan menerusi watak Reggie Mantle dalam siri Riverdale.
5. Memulakan Kerjaya Sebagai Model
Sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menceburi bidang lakonan, dia pernah memperaga untuk jenama mewah termasuk Dolce & Gabbana, Kenneth Cole dan MAC.
Charles Melton turut membintangi muzik video Ariana Grande, Break Up With Your Girlfriend, I’m Bored. Dalam video itu, dia menggalas watak lelaki yang digoda oleh Ariana dan digesa untuk memutuskan hubungan dengan teman wanitanya.
6. Berminat Dengan Lakonan Selepas Mendengar Iklan
Dalam satu wawancara, Charles Melton berkata dia serius mempertimbangkan kerjaya sebagai pelakon selepas mendengar iklan radio untuk program bertajuk Arts Showcase ketika masih di kolej.
Dia menerima tawaran selepas menjalani uji bakat awal di Kansas, dan perlu meyakinkan ibu bapanya untuk meminjamkan USD3,000 bagi menghadiri uji bakat sebenar di Florida.
7. Pernah Muncul Dalam Glee dan American Horror Story

American Horror Story
Sebelum mencipta nama menerusi Riverdale, dia pernah membuat penampilan khas dalam Glee musim kelima episod New New York pada 2014. Juga sebagai tetamu hotel, Mr Wu dalam dua episod American Horror Story musim kelima.
8. Sumber Ilhamnya Adalah Oprah Winfrey
Menurut jejaka berketinggian 185sm ini, dia berpegang kepada nasihat Oprah ketika cuba mencipta nama sebagai pelakon di Los Angeles.
“Oprah pernah bercakap tentang melakukan sesuatu dengan tujuan. Jika mahu melakukan sesuatu, lakukan sebaiknya. Saya tidak boleh membenci tugas menjaga anjing, saya perlu menyukainya. Saya terfikir, saya tidak kisah menjadi dog walker sepanjang hayat selagi saya menyukainya. Ketika itulah saya sedar saya sanggup lakukan apa sahaja untuk menjadi pelakon.”
9. The Matrix Juga Memberi Inspirasi Kepadanya
Kata Charles Melton, watak Neo lakonan Keanu Reeves dalam filem The Matrix adalah inspirasi terbesarnya. Ketika menonton filem itu sewaktu kecil, dia memberitahu bapanya bahawa dia mahu membintangi filem itu kerana terlalu meminati karakter Neo.
10. Merupakan Duta Global Untuk Special Olympics
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(1004x483:1006x485)/charles-melton-1-a6d8e3f30dc04b7da4cded05be621026.jpg)
Foto: Special Olympics
Beberapa tahun kebelakangan ini, Charles Melton bekerjasama dengan Special Olympics, sebuah organisasi yang bertujuan untuk memerangi diskriminasi terhadap ketidakupayaan intelek melalui sukan dan pendidikan.
Pada September 2018, pelakon ini berkongsi mengenai lawatannya ke Warren High School di Downey, California di mana dia bertemu pelajar dari program Special Olympics Unified Champion Schools (UCS) buat kali pertama.
Kehadirannya di sana adalah untuk memaklumkan para pelajar bahawa mereka antara lima program UCS terbaik di Amerika. Pada 2019, dia menganjurkan tayangan filemnya, The Sun Is Also A Star buat pelajar UCS di New York. Atas keprihatinannya, dia dilantik sebagai duta global untuk organisasi Special Olympics pada 2021.
Foto: Vanity Fair
Baca: Kenali Tom Blyth Dari The Hunger Games: The Ballad Of Songbirds & Snakes
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
