Related Stories
Nespresso Dan Johanna Ortiz Mengabadikan Unsur Alam Untuk Musim Perayaan
Musim perayaan ini, Nespresso membuktikan dedikasi mereka kepada alam sekitar melalui pelancaran koleksi edisi terhad Gifts of the Forest bersama pereka fesyen dari Colombia, Johanna Ortiz.
Bersempena musim perayaan ini, Nespresso bekerjasama dengan pereka fesyen dari Colombia, Johanna Ortiz untuk mempesonakan peminat kopi dengan pelancaran koleksi Festive pada akhir tahun ini. Nespresso juga membuktikan dedikasi mereka kepada alam sekitar melalui pelancaran koleksi edisi terhad ‘Gifts of the Forest’.

Berbekalkan inspirasi kecantikan dan misteri hutan semulajadi, koleksi ‘Gifts of the Forest’ mempamerkan dedikasi jenama tersebut terhadap persekitaran yang amat berharga di mana kopi ditanam. Koleksi ini menampilkan rangkaian kopi edisi terhad, bersama aksesori bertemakan perayaan, sebagai pilihan hadiah menarik buat keluarga dan rakan-rakan.
Dengan pelancaran koleksi terbaharu ini, Nespresso juga akan menyumbang semula kepada hutan, melalui inisiatif jenama tersebut yang menjangkaui komitmen perhutanan taninya dengan membantu melindungi 10 juta batang pokok di Amazon.

Bagi menghasilkan koleksi edisi terhad ini, Nespresso telah bekerjasama dengan Johanna Ortiz untuk menghasilkan beberapa rekaan inovatif yang mengadunkan unsur-unsur alam semulajadi dengan kelestarian untuk membawa pencinta kopi melangkah ke dunia perayaan Nespresso.
Rangkaian Forest Variations Nespresso
Aroma Misteri Dengan Forest Black

Sudur hutan melitupi kopi Forest Black untuk melindungi aroma yang tersembunyi di dalam setiap biji kopi. Temui keunikan campuran kopi yang ditanam di bawah teduh dari Colombia dan beberapa lokasi lain. Espresso yang pedas dengan aroma kayu eksotik akan membawa tunas rasa anda meneroka pedalaman hutan.
Rasa Beri Hutan Dengan Forest Fruit

Seperti permata yang menghiasi lantai hutan, buah- buahan hutan adalah hadiah daripada alam kepada kita. Aroma buah beri menyerikan espresso berperisa ini manakala karakter biji kopi Arabica dari Amerika Selatan menyuntik rasa pastri manis yang menimbulkan suasana perayaan.
Raikan Khazanah Alam Dengan Forest Almond

Forest Almond adalah perisa kegemaran peneroka hutan musim ini. Dengan perisa kekacang manis yang diadun sempurna dengan biji kopi Arabica dari Amerika, bersedialah untuk menemukan rasa badam yang digabungkan dengan vanila dan sedikit rasa buah-buahan di dalam karakter bijirin halus kopi ini.

Bermula 12 November 2021 sehingga 2 Januaru 2022, Nespresso Malaysia akan berada di aras 3, Connection Precinct di Pavilion Kuala Lumpur. Peminat dan encinta kopi boleh menikmati kopi Nespresso Forest Variations edisi terhad dan dapatkan kit penanam DIY eksklusif untuk semua pembelian mesin di sana.
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: Disney Bersama YAM Tengku Zatashah Serta Pereka Fesyen Malaysia Mempersembahkan Koleksi Couture Istimewa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
