Club Med Serre Chevalier Tawar Gaya Hidup Eco-Friendly
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioClub Med Serre Chevalier baru sahaja selesai diubah suai sepenuhnya. Terletak di lembah Hautes-Alpes, Perancis, resort ini menawarkan pengalaman percutian ski all-inclusive yang lengkap
Club Med Serre Chevalier adalah sebuah resort yang terletak di La Salle-les-Alpes ini kini tampil dengan reka bentuk dalaman baru oleh Laurent Maugoust. Ia menggabungkan estetika Alpine tradisional dengan kemudahan moden. Kayu semula jadi mendominasi setiap sudut, dari lobi utama hingga bilik tidur, sementara tingkap besar memastikan pemandangan gunung bersalji sentiasa hadir.

Lokasi resort ini cukup istimewa. Bertepatan di kaki lereng ski terbesar di selatan Alps, tetamu mempunyai akses terus ke 250 km cerun yang meliputi kawasan sekitar Taman Negara Écrins.

Pakej all-inclusive resort ini merangkumi pas ski, 25 jam kelas berkumpulan bersama jurulatih bertauliah dari École du Ski Français (ESF), peralatan ski dalam loker peribadi, serta semua hidangan. Kanak-kanak dari usia 4 tahun sudah boleh menyertai kelas ski, manakala remaja pula mempunyai program Team Rider tersendiri. Juga, Buat anak-anak kecil berumur 4 tahun ke bawah mendapat pakej percuma!

Bagi yang tak ski, ada aktiviti lain yang disediakan oleh Club Med Serre Chevalier. Ada snowkiting, fat biking atas salji, heli-skiing, paragliding tandem dan pelbagai aktiviti keluarga. Resort ini menawarkan tiga pilihan utama. Restoran Le Vauban berfungsi sebagai pusat sosial utama dengan menu pelbagai pilihan. La Meije pula menumpukan masakan tradisional Hautes-Alpes seperti fondue dan pierrade. The Izoard bar hadir dengan pemandangan panoramik ke arah kampung La Salle-les-Alpes.

Satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan adalah melawat bandar Briançon, bandar tertinggi di Perancis pada ketinggian 1,326 meter. Ia telah diiktiraf sebagai Ville d’Art et d’Histoire (Bandar Seni dan Sejarah), dan kubu pertahanannya dari abad ke-17 yang dibina oleh arkitek tentera Vauban di bawah pemerintahan Louis XIV. Kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selepas penat di cerun, spa Payot yang baru direnovasi dengan 8 kabin wellness dan tab mandi terma berhampiran di Le Monêtier jadi tempat paling seronok. Kolam renang indoor dengan pemandangan panoramik gunung itu pula buat tetamu betul-betul berasa terapeutik.
Artikel Berkaitan: Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
