Prada Lancar Kafe Pertama Di Asia
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioLabel fesyen Prada telah melancarkan Prada Caffe yang pertama di Asia dan yang pertama di dalam butik, diraikan juga kehadiran deretan A-listed selebriti termasuk duta global jenama ini, Win Metawin dan Sana TWICE.
Prada telah melancarkan Prada Caffè baharu, diubah suai di Butik Prada ION Orchard, Singapura. Acara pelancaran berlangsung meriah dengan kehadiran duta global Prada, Win Metawin dan Sana TWICE, sementara itu barisan selebriti terkemuka termasuk Heart Evangelista, Eric Chou, Toey Jarinporn, Eyka Farhana, Glenn Yong, dan ramai lagi turut hadir meraikan bersama. Kafe ini membawakan visi yang tersendiri, setiap elemen daripada hiasan hingga ke menu menangkap gaya identikal Prada.

Mesti Cuba, Prada Caffe Kini Dibuka Di Butik Prada ION Orchard, Singapura.
Kafe dengan ruangan yang disuntik esen kemewahan abadi dan sentuhan moden ini menampilkan dinding hijau yang kaya bersama tempat duduk bermaterial baldu. Lantai pula berkotak hitam putih, mencerminkan butik asal di Milan. Muka depan kaca melengkung yang elegan dengan corak segi tiga ikonik label ini, menawarkan pemandangan Orchard Road yang menakjubkan, nyata memberikan pengalaman yang mengasyikkan.

Pinggan mangkuk yang cukup eksklusif juga dihadirkan di kafe ini, termasuk porselin biru pucat yang diilhamkan oleh tembikar Celadon purba dari Jepun, menggunakan teknik kaca tradisional. Potongan-potongan itu dihiasi dengan corak segi tiga ikonik jenama ini, dilengkapi dengan kutleri bersalut perak yang lantas mewujudkan suasana keanggunan yang bersahaja.

Seleksi menu yang ditawarkan membawa kelainan moden pada tradisi masakan Itali, dari sarapan pagi hingga koktel malam. Menu sorotan termasuk Crostone, versi bruschetta yang diperhalusi dan Monoportions berwarna-warni. Selain itu, aperitif Venice dan Milan klasik seperti Spritz dan Negroni juga boleh dicuba. Pemilihan pastri yang direka dengan gabungan teknik moden serta bahan-bahan klasik, dipersembahkan dalam pembungkusan mesra alam, sejajar dengan komitmen jenama ini terhadap kemampanan. Kafe mesti cuba ini dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 7 malam.

Artikel Berkaitan: #ApaSiapaDiMana: Win Metawin Terbang ke Kuala Lumpur Untuk Prada Beauty!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
