fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Jenama Gaya Hidup Milik 4 Bintang Asia Terkenal
#DiariGLAM : Sehari Berlibur Bersama Samsung Galaxy Z Flip4
“Allah Tahu Apa Terbaik Untuk Kita” – Perkongsian Mizz Nina Mengundang Sebak
Sajian Gucci Osteria
Foto Eksklusif Majlis Perkahwinan Usher & Jenn Goicoechea
Home > Gaya Hidup > Ratu Elizabeth II Bakal Disemadi Bersama Dua Barang Kemas Sentimental

Ratu Elizabeth II Bakal Disemadi Bersama Dua Barang Kemas Sentimental

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walau nilai kekayaan peribadi melebihi RM2.3 bilion, Ratu Elizabeth II hanya akan disemadikan bersama dua barang kemas kesayangannya.

Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhirnya sambil dikelilingi kerabat Diraja terdekat pada 8 September lalu di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun.

Majlis pengebumian dijadualkan berlangsung di Westminster Abbey pada 19 September dan dijangka menjadi upacara persemadian Diraja terbesar yang pastinya tidak pernah ditonton oleh dunia sebelum ini.

Ketua komunikasi Natural Diamond Council, Lisa Levinson berkata, kemungkinan besar Ratu Elizabeth hanya akan disemadikan bersama sepasang subang mutiara kesayangannya dan cincin emas perkahwinan yang diwarisi daripada ibunya, Ratu Elizabeth The Queen Mother.

Ratu Elizabeth

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse