Related Stories
Resorts World Sentosa, Destinasi Percutian Paling Bermakna
Anda impikan pengalaman percutian yang mewah dan tidak boleh dilupakan? Resorts World Sentosa, Singapura, memiliki segalanya yang anda inginkan. Sama ada anda inginkan pemandangan yang indah, taman tema yang menyeronokkan atau ingin mendekati hidupan laut, di sini ada segalanya!
Resorts World Sentosa, destinasi mewah yang bertempat di pulau Sentosa, Singapura ini berkeluasan 49 hektar mampu menjanjikan percutian paling bermakna buat anda dan keluarga. Pelbagai tawaran seperti taman tema, hotel mewah dan juga restoran hebat bertaraf dunia ditempatkan di satu lokasi yang sama. Ayuh, GLAM bawa anda menerokai keunikan terkini yang terdapat di Resorts World Sentosa sepanjang bulan ini.
Mesti Kunjung: Ini 4 Destinasi Anda Harus Kunjung di Resorts World Sentosa
#1 Rasai Pengalaman Colour Pop di Universal Studios Singapore!
Bermula 7 April hingga 21 Mei 2023, anda boleh rasai satu pengalaman baharu di Universal Studios Singapore ini. Hadir bertemakan “Colour Pop!”, saat anda berkunjung ke sana, akan dapat menyaksikan dekorasi meriah dan stesen foto interaktif di sepanjang Hollywood Boulevard. Bersuka-ria bersama Sesame Street, Trolls dan banyak lagi. Singgah pula di Hollywood Lagoon Stage untuk merakam gambar menarik bersama karakter-karakter menyeronokkan ini.
Ambil peluang ini untuk tonton pertunjukan terbaru, The Rainbow Reunion, di mana anda dapat menyaksikan karakter Creator of Colour, Colourissa, bersama rakan-rakan mempersembahkan persembahan magisnya di New York Public Library. Pastikan anda hadir dalam busana yang meriah penuh warna-warni. Ini kerana anda bakal berpeluang untuk dipilih oleh Colourissa bagi memenangi hadiah istimewa. Oh ya, nikmati juga pilihan makanan dan minuman menarik sepanjang anda berada di sana!

Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
