Related Stories
Sorok Kehamilan, Halle Bailey Selamat Bersalin Zuriat Sulung
Teka-teki mengenai kehamilan Halle Bailey akhirnya terjawab setelah aktres itu mengumumkan kelahiran putera pertamanya.
Berita gembira itu dikongsi menerusi satu hantaran di Instagram beberapa hari lalu. Halle memuat naik sekeping foto tangannya memegang jemari halus anaknya yang dipakaikan gelang emas dengan ukiran nama Halo.
“Walaupun sudah beberapa hari memasuki tahun baru, kenangan terbaik tahun 2023 adalah kelahiran anak lelaki saya. Selamat datang Halo. Dunia tidak sabar mahu mengenali kamu,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/C1yL3AfLrJj/
Teman lelakinya, penyanyi rap DDG atau nama sebenarnya Darryl Dwayne Granberry Jr turut berkongsi foto hampir sama di akaun Instagram miliknya.
“Rahmat terbesar buat saya setakat ini. Anak lelaki saya. Tidak pernah saya jatuh cinta seperti ini. Baby Halo,” kongsinya.
Kehamilan Halle Bailey Dihidu Peminat
Aktres The Little Mermaid ini jarang berkongsi tentang kisah peribadinya bersama peminat, termasuk berita kehamilannya. Bagaimanapun spekulasi tular selepas dia tampil menggayakan persalinan longgar di konsert Renaissance Beyonce pada bulan Ogos 2023.
Bulan seterusnya, Halle menyarung gaun kembang di atas pentas MTV VMA 2023. Menguatkan lagi dakwaan peminat apabila pelakon dan penyanyi itu terus menggayakan baju longgar ketika menghadiri minggu-minggu fesyen sekitar Eropah.
Foto: Getty Images
Hanya pada bulan Oktober fotonya dengan perut besar berjaya dirakam ketika meninggalkan sebuah pusat perubatan di Santa Monica. Bagaimanapun dia tetap memilih untuk mengunci mulut mengenainya sehinggalah cahaya matanya selamat dilahirkan.

Foto: Shutterstock
Foto: Getty Images/Instagram
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
