Menyelerakan, Ini 5 Menu Masakan Eyka Farhana Buat Semua Lapar!
Bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan, Eyka juga berbakat dalam menunjukkan skillnya di dapur, memasak untuk keluarganya.
Aktres Malaysia, Eyka Farhana seringkali dilihat membuat video-video memasak di akaun TikToknya. Resepi-resepi masakan Melayunya kelihatan cukup enak dan membuatkan penontonnya terus berasa lapar. Video Eyka yang selalu memasak untuk keluarganya di rumah tidak pernah bosan untuk ditonton lebih-lebih lagi ditambah dengan gurau-senda oleh ahli keluarganya yang menemaninya. Mari kita lihat 5 menu masakan Eyka Farhana yang buat semua lapar!
#1 Paru Goreng Belado
@misseyka.f Paru goreng berlado for dins last night <3
Paru goreng belado yang pedas dan menaikkan selera penonton yang menonton video masakan Eyka ini kelihatan sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas. Ditambah dengan rasa masam daripada asam jawa dan aroma daun limau purut, terus membuatkan kita berasa lapar.
#2 Mee Bandung
@misseyka.f First time buat mee bandung, thanks ma for the recipe ❤️
Mee bandung bukanlah satu juadah yang mudah untuk dimasak tetapi Eyka berjaya hanya berpandukan resepi daripada ibunya. Dihidang bersama sayuran dan telur puyuh, video terbaru ini sudah tentu berjaya membuatkan pengikutnya terliur.
#3 Ayam Masak Merah
@misseyka.f Ayam masak merah is done ✔️ Actually lupa nak record yang ayam tu goreng dulu, and tambah garam, asam jawa 🙂 Tak sabar nak raya!
Eyka juga pernah berkongsi resepi ayam masak merah, malah disukai ramai di laman sosial TikToknya. Video itu mendapat tontonan lebih daripada 200,000 dan komen rata-rata memuji masakannya yang kelihatan cukup menyelerakan.
#4 Ketam Masak Lemak & Sotong Goreng Kunyit
@misseyka.f Ketam masak lemak and sotong goreng kunyit for sahur. Selamat berpuasa peeps!
Kombinasi ketam masak lemak dan sotong goreng kunyit yang dikongsi oleh Eyka membuatkan semua tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi video tersebut dikongsi sewaktu bulan Ramadhan. Rajin Eyka ini malah sesuai dijadikan menantu, manakan tidak pelakon Malaysia yang cukup cantik ini amat rajin menyediakan lauk enak buat keluarganya bersahur.
#5 Roti Sardin Telur
@misseyka.f Petang tadi hujan hujan so my sister request roti sardin telur for hi tea 🫶🏻 makan panas panas fuhh tak tahu la nak cakap sebab lepas tu terus sleepy ! Lol. cili tu memang sengaja letak lebih sebab everyone kat rumah ni suka spicy gils 😂
Seperti kapsyen aktres ini, waktu petang yang hujan ditambah lagi dengan roti sardin telur air tangannya adalah menu paling sesuai sekali untuk dinikmati beramai-ramai. Dia tidak pernah gagal melayan permintaan adiknya untuk hidangan minum petang mereka. Aktres ini juga berkongsi bahawa keluarganya amat suka makan makanan pedas. Lihat sahaja, begitu banyak cili digunakan wanita cantik ini dalam masakannya.
p/s: Dia juga aktif dalam berkongsi tentang kehidupan sehariannya di TikTok. Video Get Ready With Me dan rutin penjagaan kulitnya juga disukai ramai ya!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
