Related Stories
Taylor Swift Dan Travis Kelce Bakal Berkahwin Julai Ini!
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioTaylor Swift dan Travis Kelce menjadi bualan dunia sejak 2023 ini kini sedang menghitung hari menuju ke hari paling istimewa. Namun, benarkah mereka bakal disatukan Julai 2026?
Pertunangan Yang Menggemparkan Dunia
Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada 26 Ogos 2025 melalui hantaran Instagram bersama yang cukup menggemaskan dengan kapsyen yang berbunyi: “Guru Bahasa Inggeris awak dan guru Pendidikan Jasmani awak akan berkahwin.”
Selama berbulan-bulan, spekulasi hangat mengatakan perkahwinan mereka akan berlangsung pada 13 Jun nombor yang sememangnya sinonim dengan Taylor Swift, yang dikenali punya hubungan istimewa dengan angka 13. Page Six turut melaporkan bahawa majlis itu akan diadakan di kediaman mewah Swift di Rhode Island, berdekatan dengan Ocean House, sebuah resort tepi pantai bintang lima yang eksklusif.
Travis Kelce Terlepas Cakap Mengenai Hari Perkahwinan
Tanpa sedar, Kelce sendiri yang membongkar kebenarannya. Bintang NFL berusia 36 tahun itu mengumumkan bahawa dirinya akan menganjurkan siaran langsung podcast New Heights bersama abangnya, Jason Kelce, di Orpheum Theater, Los Angeles pada 15 Jun sempena pembukaan Piala Dunia 2026. Kelce berkata dengan penuh semangat: “Kami akan ke Pantai Barat! Ini akan menjadi malam yang luar biasa.”
Jika tarikh perkahwinan itu benar-benar pada 13 Jun, sudah pasti Kelce tidak akan ada di Los Angeles dua hari kemudiannya. Tambahan pula, beliau mempunyai kem latihan wajib bersama Kansas City Chiefs dari 9 hingga 11 Jun, menjadikan jadual perkahwinan pada tarikh tersebut hampir mustahil dari segi logistik.
Jadi, Bilakah Sebenarnya Mereka Akan Berkahwin?
Menurut laporan terkini, pasangan ini telah menghantar kad save-the-date kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat, mengesahkan tarikh perkahwinan mereka pada 3 Julai 2026 di New York City. Tarikh 3 Julai itu sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-250 Amerika Syarikat, dan memberi Kelce masa yang mencukupi untuk berbulan madu sebelum perlu melapor diri ke kem latihan Kansas City Chiefs pada akhir Julai.
Swift dan Kelce dilaporkan merahsiakan lokasi tepat majlis tersebut, malah tetamu yang dijemput pun masih belum tahu butiran penuhnya sehingga hampir tarikh perkahwinan. Ini selaras dengan pendekatan mereka yang sentiasa mengutamakan privasi walaupun di bawah sorotan dunia.
New York, Kota Cinta Mereka
Pilihan New York bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Pasangan ini sering kelihatan di Kota Big Apple, dan Swift sendiri memiliki penthouse eksklusif di Tribeca. Mereka dilaporkan turut menukar minda daripada Rhode Island kerana ingin mengadakan majlis yang lebih besar dan meriah di venue yang benar-benar berbeza.
Sehingga kini, Swift mahupun Kelce masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi. Tetapi satu perkara yang pasti apabila harinya tiba, dunia pasti akan berhenti seketika untuk menyaksikan dua ikon ini melangkah bersama menuju babak baharu kehidupan mereka.
Artikel berkaitan Segalanya Tentang Album Baru Taylor Swift, The Tortured Poets Department
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
