fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
7 Tanda Red Flag Dalam Hubungan Cinta
Judika Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia
11 Perceraian Bintang Popular Hollywood Sepanjang Tahun 2023
Kim Kardashian Perkenal Teman Baru, Robot Tesla
Gandingan Serasi Margot Robbie Dan Ryan Gosling Sebagai Barbie & Ken

Tiffany Trump Disatukan Dengan Bilionair Lubnan-Nigeria

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pada majlis bertemakan Lubnan-Amerika itu, Tiffany memberi penghormatan kepada suaminya dengan menyarung gaun labuh lengan panjang sarat labuci daripada pereka Lubnan terkenal, Elie Saab. Ibu pengantin perempuan turut menyarung gaun malam rona lavender daripada pereka sama.

Pengantin lelaki, Michael Boulos merupakan pewaris Boulos Enterprises dan SCOA Nigeria, sebuah konglomerat perdagangan dengan nilai berbilion dolar. Walaupun dilahirkan di Nigeria, jejaka berusia 25 tahun itu kini menetap di London.

Pasangan itu bertemu buat kali pertama di kelab milik aktres Lindsay Lohan di Mykonos, Greece pada musim panas 2018. Michael melamar Tiffany di Taman Ros White House pada Januari 2021 dengan sebentuk cincin berlian bernilai RM5.6 juta.

Foto: Instagram

 

Foto: Hy Goldberg for DenisLEON& Co

 

Baca: Sekitar Perkahwinan Serba Mewah Puteri Bill Gates, Jennifer Bersama Atlet Ekuestrian Muslim

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse